Cukuplah, menjadi orang yang biasa-biasa.








Lelaki dan wanita yang sederhana namun hatinya bercahaya,
seperti bintang yang benderang di gelapnya langit malam.

191213;0443




Orang biasa yang luarbiasa
mereka pemilik jiwa orang dicintai Allah
jika ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya mereka tiada mengetahui
jika dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
jika ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit yang sunat
jika ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun jika ditanya pada hati
nescaya mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
namun mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi langit kerahsiaan.



Cukup, menjadi orang yang biasa-biasa. Dalaman yang perlu dilatih menjadi luar biasa.

Comments