Kaya.
Apabila manusia meletakkan definisi kekayaan sebagai rumah mewah, kereta besar dan harta, maka apabila mereka tidak memiliki kesemua itu, mereka berasa miskin.
Hakikatnya, kekayaan paling besar ada pada diri manusia iaitu tubuh yang Allah jadikan `fi ahsani taqwim` (dalam bentuk yang terbaik) (95:4).
Perumpamaannya, ibarat kita diberikan sebuah kereta mewah berharga jutaan ringgit secara percuma, tapi dengan syarat, kedua-dua kaki kita lumpuh. Semestinya kereta mewah tadi sudah tiada nilainya pada diri kita. Hakikatnya kekayaan tubuh kita nilaiannya melebihi jutaan ringgit. Setiap nikmat itulah yang paling termahal dan tidak ternilai.
Maka gunakanlah setiap nikmat sebaik-baiknya. Semoga Allah mengekalkannya di jalan cahaya. Sempurna. Agar kelak, tangan dan kaki bahkan seluruh anggota boleh berbicara yang indah-indah kepada Tuhan.
Amin.
Amin.
Amin Ya Rabb.
Comments
Post a Comment