Yang Dikaburi.
Orang yang bertauhid bukan yang paling banyak ibadahnya. Syaitan pernah menjadi makhluk Tuhan yang paling banyak beribadah, namun akhirnya tenggelam dalam kesyirikkan kerana gagal meruntuhkan berhala ke`aku`an dalam dirinya. Melihat dirinya hebat dengan ibadah-ibadah yang dilakukannya.
Hakikatnya, orang yang bertauhid ialah yang `mengosongkan' dan `menghilangkan` pandangan dirinya, dan melihat segalanya kerana Allah Azza Wajjala. Tidak akan ada insan yang mampu beribadah, seandainya bukan atas kudrat dariNya.
Maka pandanglah apa jua dari Allah, dengan Allah, dan hiduplah untuk Allah. Dengan pandangan itulah, akan hilang perasaan `wujud diri` seperti perasaan kesombongan, keakuan dan rasa `miliki`.
"Punca sombong adalah apabila kita rasa kita `memiliki sesuatu`. Sebab itulah Rasulullah mengajarkan para sahabat selama 13 tahun untuk sucikan syirik `rasa milik diri` kepada `segalanya milik Allah` sebelum datangnya seruan menunaikan segala ibadah syariat (solat, puasa, zakat, dll)"
-Murobbi
`Berhala dalam diri`, itulah syirik yang bahaya tapi dikaburi.
"Apakah makna berdiri dalam solatApakah makna Ruku dan SujudApakah makna bacaan Al-Fatehah dan tasbihjika engkau melihat segala darimubukannya dari Kudrat dan Kasih Sayang dariNyaMaka tika tu engkau tergelincirdalam kesyirikan yang amat hinamenduakan sifat kekuasaanantara mu dengan Tuhan Mu"
Assalamualaikum kak ary. Maaf.tapi nak bertanya secara penjelasan yg ringam ttg maksud ayat-ayat ini? Kawan saya ada membaca nya. Dan tiada bertanya kepada saya maksud petikan ini.😅
ReplyDeleteWalaikumsalam,
DeletePenjelasan ringan ikut kefahaman akak, actually ayat tu menerangkan tentang sifat ujub dalam kalangan ahli ibadah. ketauhidan yang lahir bersama sifat ujub umpama berhala dalam diri, sebab tu ia dikategorikan sebagai syirik khafi (tersembunyi).
Bahasa murobbi akak tu memang quite deep tapi apa yang dia maksudkan tu berkaitan dengan ilmu nafi dan isbat. Pernah dengar tak? Ikut apa yang akak pernah belajar dulu, nafi dan isbat merujuk kepada dua komponen utama yang ada dalam kalimah syahadah, kalimah "la ilaha" (nafi, tiada Tuhan) dan "illaLLah" (isbat, melainkan/hanya Allah). Kalimah syahadah ni walaupun pendek,tapi sangat 'dalam' maksudnya. Memang mudah untuk kita akui bahawa kita ni islam, berpegang dengan syahadah, tak percaya Tuhan lain dan tak pernah sembah berhala tapi kadang kita ni khilaf, kita lupa nak menafikan berhala yang ada dalam diri kita; berhala ke'aku'an, rasa diri hebat, etc yakni semua tu adalah syirik2 yang tersembunyi.
Sebab tu kita selalu diingatkan untuk tajdid niat, dan memperbaiki tauhid melalui setiap ucapan syahadat dalam solat.
Rasanya tu penerangan simple yang boleh akak bagi. Semoga diberi kefahaman.
[Pernah seseorang melihat imam Bisyr Al-Haafi yang sedang solat dengan waktu lama dan amat baik ibadahnya. Maka Bisyr berkata kepada orang itu : "Janganlah engkau terpedaya dengan apa yang kau lihat dariku, sesungguhnya Iblis beribadah kepada Allah ribuan tahun kemudian dia menjadi hamba yang kufur" (At-Taisiir bisyarh Al-Jaami' as-Shoghiir 2/606)]
Ingatkan bila akak terlupa juga ya. :)