Tidak salah untuk berbicara tentang cinta. Kerana dunia sudah semakin kehilangannya.
"Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah juga yang menjadikan hati dan memberinya cinta."
- ms. 51; Hamka.
Seandainya yang mencantikkan lukisan adalah warna,
maka yang mengindahkan dunia adalah cinta.
Maka seandainya Kau mengurniakan kami dengan perasaan cinta,
berikanlah kami cinta yang mampu membuatkan kami lebih mencintaiMu,
dan jauhkanlah kami daripada cinta yang membuatkan kami syirik kepadaMu.
"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat." - Buya Hamka.
...dan cinta boleh buat dua benda; sama ada menghilangkan diri kita, atau kembali menemukan; siapa kita? Hanya dengan cinta Illahi, membawa kita mengenal hakikat diri yang sebenar.
Dari Dia ia hadir, kepada Dia juga ia dikembalikan.
Comments
Post a Comment