Untuk kau yang bernama perempuan.
"Penyair dan penulis mencuba untuk memahami hati seorang wanita, tapi hingga hari ini, mereka belum memahami rahsia tersembunyi hatinya, kerana mereka melihat dia dari belakang tabir seksual dan melihat hanya di permukaan; dan menemui hanya kelemahan dan penyerahan"
- ms. 62; Kahlil Gibran.
Untuk kau yang bernama perempuan,
binalah satu tembok besar pada hatimu,
jangan biar ia mudah ditembusi sesiapa,
kelak kau merana dan sengsara.
Untuk kau yang bernama perempuan,
binalah sebuah jiwa yang besar,
jangan tewas dalam perang perasaan,
kelak ia menjadi racun kehidupan.
Untuk kau yang bernama perempuan,
binalah `solehah` dalam dirimu,
itulah yang dinilai oleh Tuhanmu,
kelak kaulah perempuan kesayangan Tuhan.
090614;0313
"Wanita yang telah dianugerahkan Tuhan dengan keindahan jiwa dan jasad adalah kebenaran yang terbuka dan yang rahsia, yang hanya boleh kita fahami melalui cinta dan sentuh dengan kemuliaan tapi bila kita cuba untuk menggambarkan wanita itu, dia akan hilang seperti asap"
- m.s 17; Kahlil Gibran.
Comments
Post a Comment