"Itulah intisari kehidupan seniman" - Hamka.











Dalam buku Falsafah Ketuhanan yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Hamka, beliau ada menyebut berkaitan penyelidikan ahli Ilmu Jiwa. Menurut mereka, jiwa manusia itu mempunyai tiga sudut yang penting di dalam memperhubungkan diri dengan alam. Pertama perasaan, kedua fikiran dan ketiga kemahuan. 


Katanya, apabila perasaan kita yang lebih terkemuka dari ketiga sudut itu, maka kita akan menjadi seorang seniman. Dan apabila fikiran yang lebih terutama, nescaya kita menjadi seorang ahli falsafah. Dan jika kemahuan (iradat) yang lebih terkemuka, inilah alat bahawa orangnya akan menjadi seorang pahlawan atau seorang pemimpin yang terkemuka dalam bangsanya, atau seorang ahli agama yang membawa fahaman pembaharuan. 


Maka, apabila kita cenderung ke dalam seni dan keindahan (estetika), cubalah merasai Adanya Allah di dalam keindahan alam. Fikirkanlah, siapakah dan apakah kekuatan atau tenaga yang menyebarkan keindahan ini, sehingga nampak segala sesuatu dengan tersusun dan teratur?


Suatu keindahan yang diperolehi dari alam itu tiada penghujungnya. Dapat mengenal dan mengecapi keindahan itu membuatkan kita bersyukur. Terasa bahawa diri kita sendiri adalah sebahagian daripada Alam. Bertambah terang pelita hati, bertambah terang pulalah mata kita melihat alam. Dan tidak ada ucapan lain yang sekaligus dapat mencetuskan apa yang terasa dalam hati kita, selain satu kalimat sahaja; `Allah`.



Itulah intisari kehidupan seniman. -ms. 25; Falsafah Ketuhanan.












---
Masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya bukan budak seni :)

Comments