"Apa yang lahir dari bibir akan sampai ke telinga, apa yang lahir dari hati akan sampai ke hati." - Pepatah Arab.



Teori Kaunseling Al-Ghazali; ms. 26


Dalam menghuraikan berkenaan sifat-sifat manusia, Imam Al-Ghazali banyak menekankan berkaitan peranan hati. Katanya, hati itu berfungsi mengesan perkara-perkara abstrak dan subjektif. Maka, apabila seorang manusia mahu mengenal dirinya, kunci pengenalan adalah dengan memahami persoalan hati. Dalam kitab Ihya`, aspek dalaman manusia iaitu jiwa, roh, hati dan akal mempengaruhi sifat-sifat luaran. Namun, aspek yang paling besar pengaruhya kepada tingkah laku manusia adalah hati. 

Kata beliau, "Hati yang halus itu ialah hakikat manusia" kerana hati yang merasa, mengetahui dan mengenal diri manusia. Huraian berkenaan hati itu tidak dibuat berasaskan hakikat zatnya, tetapi sifat-sifat dan keadaannya yang halus dan tidak dapat dilihat. Ia terpancar daripada wajah dan tingkah laku manusia. Apabila baik hatinya, tenang riak wajahnya dan tingkah lakunya menyenangkan orang-orang di sekeliling. 






***
Kau perindahkanlah apa yang buruk dalam jiwa kami. Hingga keindahannya memancarkan sinar melebihi keindahan zahir. Amin ya Rabb.

Comments