Pada titik kelemahan itulah Tuhan akan selalu mengujimu.




credit: Kak umairahshafei 





Kerana Allah mengetahui di mana titik kelemahan kita. Pada titik kelemahan itulah Dia akan terus menguji kita. Namun yakin dan percayalah, apabila Allah telah menurunkan ujian demi ujian pada titik kelemahan tersebut, akan tiba suatu saat kita sudah cukup kuat untuk menghadapinya. Hinggakan ia tidak akan lagi memberi kesan kepada kita.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah;216)

Seseorang  pernah berpesan kepada saya, bahawa rasa sakit dalam kehidupan itu ibarat garam, apabila dicampurkan dalam bekas yang kecil, pasti akan terasa masinnya. Namun apabila dicampurkan dalam bekas yang besar tidak akan terasa masinnya. Begitu jugalah rasa pahit dalam kehidupan, bilamana ia diletakkan dalam fikiran yang sempit, maka akan terasa sakitnya. Namun andai ia diletakkan dalam pandangan hidup yang luas, tidak akan terasa sakitnya.







---
 Berjiwa besarlah wahai hamba. Sesungguhnya Tuhan menyayangimu.

Comments