"And where love ends, hate begins." - Leo Tolstoy.


Bismillah


Kadangkala Allah mengajarkan diri kita untuk mendidik jiwa dengan menghadirkan orang-orang yang tidak layak untuk dicintai. Atau dalam erti kata lain, orang-orang yang seharusnya dibenci, mungkin kerana kata-kata mereka atau apa sahaja tingkah laku dan sikap mereka yang boleh menimbulkan perasaan tidak senang pada diri kita. Namun, menyimpan kemarahan, benci dan dengki  adalah perkara yang harus di jauhi kerana ia umpama menyimpan syaitan dalam hati yang akhirnya boleh menguasai dan merosakkan diri kita sendiri.





Menjalani kehidupan di atas muka bumi ini sememangnya  banyak menuntut diri kita membuat pilihan.  Begitu juga dalam hal-hal yang melibatkan emosi dan perasaan. Maka apabila berada dalam situasi tegang, jangan ditambah ketegangan itu dengan membawa emosi yang sama kepada orang yang sedang tegang. Hadapilah mereka dengan mendahului akal dan rohani, bukan emosi. Jadilah penyejuk keadaan. Atau lebih baik lagi, diam. Kata Hukama, yang sebesar-besar aksi atas akal orang ialah caranya menghadapi orang lain. Maka dalam situasi seperti inilah kita belajar melatih diri sendiri untuk memiliki jiwa yang besar yakni jiwa mereka yang bahagia dan pemaaf.



 "That's what people do who love you. They put their arms around you and love you when you're not so lovable" 




---
Jika ada orang yang membaling batu kepada anda, balinglah bunga ke arah orang itu. Tapi ingat, baling pasu bunga dia sekali. :P

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah sebuah permainan dan senda gurau." [47:36]

Comments