Cerita hujung minggu.
Smartleadership Camp, Ranau. |
Bismillah
Ada satu perasaan yang lebih indah berbanding menjadi orang terkenal dan disanjung orang. Yang lebih indah berbanding disukai dan diminati di alam maya, atau menjadi popular. Perasaan itu adalah dihormati, di alam nyata.
Mengikuti Smartleadership Camp baru-baru ini mempertemukan saya dengan pelbagai orang-orang-baru-yang-saya-suka :) Baik lelaki mahupun perempuan. Mungkin kerana mereka adalah orang-orang biasa yang luar biasa. Sangat berbeza sebenarnya, orang-orang yang datang dari keluarga biah solehah dan orang-orang yang datang dari keluarga yang biasa-biasa. Namun, itu bukanlah hal yang perlu diperbesarkan bahkan sejujurnya saya sangat suka dengan orang-orang biasa. Mungkin ada sedikit kekurangan dari segi pemahaman tentang agama dan batas perhubungan, namun jauh dari sudut mereka, jelas terlihat keazaman mereka untuk belajar dan memahami setiap tunjuk ajar dan ilmu yang diberi.
Menjadi salah seorang fesi untuk membimbing adik-adik yang lebih muda bukanlah perkara baru bagi saya. Namun sedikit segan dan kekok juga bilamana sebahagian peserta lebih berumur dari saya bahkan ada yang telah berumahtangga. Tapi mereka tidak sedikit pun menunjukkan sikap ego untuk menerima arahan dan tunjuk ajar dari golongan muda bahkan mereka memanggil saya dengan panggilan kakak hinggalah hari terakhir program, saat perlu memperkenalkan diri dengan menyatakan nama dan umur sebenar (22 tahun...hehe). Rupanya bukan kak fesi, adik fesi. Saja ja buat suprise...k fine.
Itulah adab yang bukan dipelajari dari buku dan pembelajaran formal, tapi dipelajari apabila berhadapan dengan sesiapa saja yang kita temui dalam kehidupan. Mungkin ada sebahagian mereka adalah anak-anak remaja yang sot-sot sikit (orang sabah kata), tapi sikap menghormati orang lain itu perlu ada dalam diri setiap manusia. Menuntut ilmu dengan adab tanpa perlu merendahkan sesiapa. Saya suka perasaan itu sebenarnya. Perasaan dihormati sebagai seorang perempuan, walaupun saya hanya seorang adik. Terima kasih adik-adik dan abang-abang semua. Mungkin itu hanyalah hal kecil bagi kalian, namun besar bagi saya yang baru mula belajar menjadi lebih dewasa. :)
Sejujurnya saya agak segan juga pada mulanya, untuk memberi tunjuk ajar dan berhadapan dengan peserta. Namun saya rasa sudah tiba masanya untuk belajar meletakkan rasa malu di tempat yang betul, dan belajar untuk berhadapan dengan orang ramai. Kena lebih berani, kena lebih berkomunikasi di alam realiti.
“That’s your responsibility as a person, as a human being — to constantly be updating your positions on as many things as possible. And if you don’t contradict yourself on a regular basis, then you’re not thinking.”
-Malcolm Gladwell.
Pesan pada diri sendiri, jangan introvert sangat ok. Aye aye captain!
Comments
Post a Comment