Bahagia itu letaknya bukan pada mata yang melihat tapi pada hati yang merasa.
Kadangkala ada perkara amat memedihkan hati, namun sayang untuk dihilangkannya lantaran melihat ia adalah hadiah Allah untuk bermujahadah
Hidup jangan hanya belajar bahagia dengan kenikmatan
Hidup juga wajar belajar bahagia dengan kesakitan
Orang biasa bahagia bila diberi kenikmatan
Orang luarbiasa bahagia bila diberi kesakitan
Orang awam mencari bahagia dengan nikmat
Orang khawwas mencari bahagia dengan kesakitan
Orang melihat Siti hajar kesakitan ditinggalkan di padang pasir
Sedangkan Siti Hajar sedang berlari kegembiraan
Orang melihat Siti Mariam kesakitan difitnah dan dihalau
Sedangkan Siti Mariam sedang menyanyi kenikmatan.
Orang melihat kesedihan Rasulullah kelaparan
Sedangkan Rasulullah gembira penuh kebahagiaan.
Sesungguhnya kebahagiaan adalah suatu yang subjektif, tiada sama takrif kebahagiaan antara seorang lantaran perbezaan faham dan makrifat
Wallahulam..
-Madah ayahanda; 091214.
Bagus tulisannya..
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete