'Man la yazuq, la yadri'



Mengetahui itu tidak sama dengan merasai.




Umpama orang yang mengetahui rasa gula itu manis tidak sama dengan orang yang merasai sendiri kemanisan gula tersebut. Rasa itu sesuatu yang wujud dalam diri, di hati. Itulah yang akan sebati dalam diri. Sedangkan apa yang ada di akal, kadangkala kita ingat, kadangkala kita lupa.




Mungkin kerana itulah, keimanan itu tidak boleh diletakkan sekadar pada pengetahuan (akal) tetapi rasa (qalb). Biar ia  sebati dalam diri hingga dapat diterjemahkan dalam kehidupan.


"Spirituality must be lived, not just studied. All the books in the world won`t help us if we don`t live what we learn.


Memetik kata E. E Cummings, "Anybody can learn to think, or believe, or know, but not a single human being can be taught to feel." Kerana bukankah perasaan itu letaknya pada hati, hanya Allah sahaja yang mampu menghadirkan rasa. Dan itu menuntut diri kita sendiri untuk berusaha dan berdoa.


"You have to grow from the inside out. None can teach you, none can make you spiritual. There is no other teacher but your own soul." 


Comments