Semut hitam.



Sejujurnya saya cuma mahu menjadi orang-orang yang sederhana; sederhana dalam mencintai, sederhana dalam membenci, sederhana dalam perhubungan, sederhana dalam perkongsian, sederhana dalam berbicara, sederhana dalam berpakaian, dan lebih utama lagi, sederhana untuk dikenali. Biar menjadi yang sederhana-sederhana saja dalam segala hal. Apabila sesuatu dilakukan dengan berlebihan, atau memperoleh sesuatu yang berlebihan, takut menjadi terlalu terikat. Maka memilih kesederhanaan itu lebih baik.

Mungkin atas sebab itu juga, saya memilih untuk berundur diri dalam ruangan-ruangan maya sebelum ini. Rasanya lebih baik lagi menjadi seperti semut hitam di malam hari, hadirnya tidak disedari, perginya tidak dirindui.











Comments