"Setiap sesuatu ada waktunya dan waktu itu akan datang juga sendirinya."




Kota Kinabalu.



"Petanda itu datangnya tidak sahaja melalui awan hitam, terkadang juga melalui hati. Pada ketika hati terdetik suka berpadu resah, ketahuilah bahawa kamu terpandang masa hadapanmu." 
- pydt; ms. 196 


"Apa sahaja yang kita susun dan bina sekarang tetap akan runtuh nanti. Namun apa yang membuatkan kita tetap membinanya, bukan kerana mahu melihat ia runtuh tetapi ia adalah harapan agar melihat sesuatu yang indah walaupun sebentar." 
- pydt; ms.154


"Sekiranya gagal, itu bukan kerja kita. Sekiranya pun kita berjaya, itu juga bukan kerja kita. Itu semua kerja Tuhan. Lalu mengapa kita perlu resahkan kerja Tuhan? Resahkan sahaja kerja kita dan saya yakin, Tuhan akan membantu."  
- pydt ms. 62










"Tempuhi saja malam tanpa bintang, dan siapa tahu hari esok langitmu akan begitunya cerah dengan segala sinar terang bintang dan bulan. Kerana kita tahu mereka selalu ada, cuma segan-segan menunjukkan rupa."  




Kalau bukan hari ini, mungkin esok. Kalau bukan esok, mungkin lusa. Kalau bukan tahun ini, mungkin tahun hadapan. Atau mungkin, kalau bukan di dunia, mungkin di syurga. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dan memang tiada yang mudah di dunia ini, melainkan dipermudahkan olehNya. Biarlah saat kau menanti menjadi jalan rapatnya hubunganmu dengan cintaNya.




Hei, senyum sikit :)

Comments