Surat untuk bulan.
"Sebenarnya pada waktu ketika itu, ketika senja tinggal 30 minit lagi bagi berlabuh, saya sudah menunggu di balik jendela. Berharap-harap ada kelibat kamu di sudut ruang jendela itu. Sama ada sedang tersenyum atau sedang berwajah kosong. Saya mahu melihat kamu di situ bukan kerana pada wajah kamu ada pelangi, bukan juga pada wajah kamu ada bulan yang mengambang, tetapi kerana pada wajah kamu ada sekeping hati. Cuba-cuba saya perhati kerana hati saya sudah dicuri orang. Lalu adakah ia benar hati saya? Saya yakin ia hati saya kerana pada saat kamu tersenyum hati saya ikut tersenyum, dan pada saat kamu berwajah kosong hati saya ikut kosong."
-Adinda Aisyah; pydt; ms.352.
---
Bulan tidak pernah sendiri. Setiap malam, ada hati yang selalu memerhati.
Comments
Post a Comment