-hanya supaya tidak lupa.



Bismillah


i.

"Simpanlah segala kesedihan di dalam rumahmu,
kentalkan jiwa agar air matamu tersimpan,
alirkan hanya untuk kegembiraan dan kerana kasih sayang,
masyarakat sudah penuh kesedihan,
jangan kau tambahi lagi dengan air matamu,
kesedihan yang ada padamu
bersimpuhlah dihadapan Allah dengan kemanjaan,
menangislah sepuas hatimu sehingga tiada
air mata lagi untuk dialirkan,
namun tika diluar,
berikan senyuman kegembiraan agar
semua yang bersamamu,
merasa bahagia dan melupakan kesedihan."


Waktu muda bukan waktu untuk melayan perasaan, waktu muda adalah waktu menimba pelbagai ilmu dan pengalaman. Agar nanti, tidaklah menjadi orang tua yang membosankan. 






ii.

"Ajar diri berjuang, menghadapi kesusahan, bencana dan bala, halangan dan rintangan, kerana mesti demikianlah kerja kita dalam hidup. Semua ditunggu, dinanti dengan dada lebar dan tangan terbuka sehingga tidak terkejut jika yang datang yang lebih besar dan hebat. Sebesar-besar musuh yang datang dan bencana yang tiba, bentengnya telah ada, iaitu hati kita sendiri!

Biarkan bumi berkalang kabut,
huru-hara meliputi alam,
aku tenang tidakku ribut,
hati tetap, jiwaku tenteram.

Bikinlah jiwa itu laksana batu karang di hujung pulau, jadi hempasan segala ombak dan gelombang." 



- Falsafah Hidup;Hamka; ms. 138.





iii.
"Ada cantik yang Tuhan bagi untuk kita kongsi, ada cantik yang Tuhan bagi untuk kita tutupi." 

Namun di antara cantik itu, hanya hati tempat jatuhnya pandangan Tuhan, jasad lain hanyalah tumpuan manusia. Didik hati agar sentiasa indah kerana hanya hati yang indah saja yang sentiasa melihat keindahan. Tetaplah menjadi perempuan `tertutup` yang sangat terbuka dalam pemikiran, pergaulan dan pekerjaannya. Mudah didekati tetapi sangat menjaga diri.

"...jangan pernah lelah menjaga kehormatan." 





iv.
"Harta itu akan berkurang apabila diberi namun ilmu akan bertambah apabila dikongsi."

Ajarlah murid untuk kembali merasai hidup bertuhan, kembali kepada Allah, bukan dunia semata-mata. Pembelajaran hanya berlaku apabila wujudnya perubahan dan pendidikan yang terbaik bukan hanya yang menyentuh akal tetapi proses pendidikan yang mendidik hati untuk berhubung dengan Allah hingga lahirnya rasa bertanggungjawab terhadapNya. Teruslah mendidik dengan penuh cinta. 





v.

"Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di kehidupan dunia..." - Al-qasas :77








---
"Don`t just say you have read books. Show that through them you learned to think better, to be a more discriminating and reflective person."

Comments