Mungkin, bukan hanya untuk Tuti, Titi, Hana dan Imi.
Bismillah
Perjalanan mencari Kekasih; Nor Aini Muhamad ms.78. |
Seorang ibu yang prihatin akan anak-anak gadisnya, bimbang sekali mereka tertipu dengan manisnya mulut lelaki. Bukan berniat untuk menghina kaum Adam, jauh sekali membenci mereka. Hanya sekadar berpesan dan mengingatkan anak-anak gadis, bahawa;
Percayalah
hatimu bisa tenteram
selama dia mencintaimu
hatimu akan gelisah
pabila engkau mencintainya.
Kerana seringkali ibu lebih memahami perihal anak-anak gadis, yang bila mencintai, akan mencintai dengan sangat. Sanggup memberikan segala-galanya. Namun seperti kata ibu itu;
bicara ini suatu pendekatan cuma,
suatu pengenalan sebelum saatnya,
manusia yang bernama lelaki itu,
benar-benar wujud dalam hidupmu.
Ketahuilah bahawa masa yang berlalu dalam hidup ibumu banyak mengajarkan dan memahamkan dirinya tentang perkara yang lebih penting. Menjadi lebih dewasa dan lebih memahami banyak perkara, berbanding dirimu anak gadis. Selalulah mendengar dan memahami pesan-pesan mereka.
Asal kau pandai menjaga diri, maka setiap ibu tidak akan pernah "berasa berdosa kerana melahirkanmu perempuan."
Comments
Post a Comment