Yang sederhana, tapi bermakna.
Bismillah
Para pecinta tulisan biasanya tahu membezakan antara tulisan yang lahir dari jiwa dan tulisan yang `dibuat-buat` kerana mereka sering mendahulukan rasa dalam membaca. Maka jangan dihairankan andai ada yang mudah` terasa` dengan tulisan yang berkata-kata, walau pun tanpa suara.
Hari ini ramai sekali yang pandai menuliskan kata. Namun dalam banyak tulisan itu, tidak semua mampu membenamkan rasa. Yang hambar akan tetap hambar `rasa`nya. Di era lambakan buku-buku puisi dan zine, saya masih tercari-cari karya-karya sasterawan negara yang ternyata berbeza sekali `rasa`nya. Walaupun mengangkat tema-tema kecil, namun ia mampu menjadi sesuatu yang sangat `dalam` dan membuatkan pembaca berfikir tentangnya. Gaya bahasa yang mudah dan sederhana, namun lenggoknya mampu memberikan rantaian keindahan apabila dibaca.
"We don't read and write poetry because it's cute. We read and write poetry because we are members of the human race and the human race is filled with passion. Medicine, law, business, engineering—these are noble pursuits and necessary to sustain life, but poetry, beauty, romance, love—these are what we stay alive for."
- Mr. Keating; Dead Poets Society.
antara sebab akak kadang tidak mahu menulis, adalah yang itu. tidak ada perasaan. rasanya hambar sekali. akhirnya cuma membenamkannnya sendiri.
ReplyDelete:)
*Kak ismisyahida,
Deletewalau apa sekalipun`rasa` pada tulisan-tulisan kita, jangan pernah berhenti menulis.Tetaplah menuliskan sesuatu yang bermakna, bukan untuk orang lain, tapi buat diri kita sendiri khususnya. Kerana tulisan-tulisan itulah yang akan membawa kita mengenal diri kita sendiri sebenarnya. InsyaAllah. :)
well said.
ReplyDeletethanks.
Delete