Bahagia itu cukup sederhana.


Bismillah


tumblr: arintyas


Adakalanya kita teringin sekali hidup kaya, kita lupa bahawa hidup ini adalah sebuah kekayaan. Adakalanya kita takut sekali untuk memberi, kita lupa bahawa semua yang kita miliki juga adalah sebuah pemberian. Adakalanya kita ingin sekali menjadi yang terkuat, kita lupa bahawa dalam kelemahan, Allah sentiasa memberikan kita kekuatan. Adakalanya kita takut sekali dengan kerugian, kita lupa bahawa hidup ini adalah sebuah keberuntungan.


Hidup ini sebenarnya sangat indah jika kita mensyukuri apa yang sudah ada. Yang terindah bukanlah yang terbaik. Yang sempurna juga tidak menjanjikan kebahagiaan. Tapi ketika kita mahu dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan, ternyata itulah kebahagiaan.


"There is great freedom in the simplicity of living. It is those who have enough, but not too much who are happiest. If someone bases his happiness or unhappiness on major events like a great new job, huge amounts of money, a flawless happy marriage or a trip to Paris, that person isn`t going to be happy much of the time. If, on the other hand, happiness depends on a good breakfast, flowers in the yard, a drink or a nap, then we are more likely to live with quite a bit of happiness."



Bahagia yang dicari sebenarnya bukan bersifat luaran, bahkan ia tidak dijual di mana-mana kedai. Kuncinya ada dalam diri sendiri; sebuah ketenangan yang hanya diperolehi dengan jiwa seorang hamba yang mengingati Tuhan. 

Comments

  1. nice.
    quote dlm gambar tu dari buku kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, screenshot post dari tumblr arintyas.

      Delete

Post a Comment