Love lesson (ii).
Setiap insan diciptakan memiliki perasaan. Bahkan seorang ulama juga mengarangkan novel cinta. Seseorang yang memahami bahawa cinta hakiki itu sifatnya Rabbaniy, sesuai dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, merekalah yang mampu menghasilkan buku roman yang cukup `berisi`.
i.
Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajar meletakkan perasaan di tempat yang benar dan memperlakukan cinta kepada orang lain secara terhormat. Namun, sebaik-baiknya cinta, adalah cinta kita terhadap Tuhan yang ertinya, ketika kita mencintai seseorang, cintailah mereka kerana Allah, kerana dijamin cinta itu akan membawa berkah.
ii.
Kita tidak akan dapat membuat orang yang membenci kita untuk mencintai diri kita dan kita juga tidak dapat membuat orang yang mencintai kita untuk membenci diri kita. Namun, Rasulullah mengajarkan tetaplah memberi cinta walau pada orang-orang yang membenci. Alangkah indahnya cinta yang diajarkan Nabi; yakni cinta yang `tak nampak diri` (bukan untuk dirinya). Hanya semata-mata kerana kecintaannya pada umatnya.
"Allah itu ar-Rahman, Allah itu ar-Raheem, Allah itu al-Wadud, Allah itu ar-Rauuf, mana mungkin agama ini tidak menawarkan cinta? Sedangkan Rasulullah juga diutuskan sebagai rahmatan lil 'alameen."
---
"The last point that should came from education is that; educating is about love. It`s like how you learn to love your parents, how to love your family and your kids, but also you have to learn to love the society..." - Tariq Ramadhan.
Comments
Post a Comment