I know you`re real and still need to heal.


Bismillah

"...and I know you`re not a sunny clear blue skies kind of people."



Jika kita berkawan kerana kelebihan yang dimiliki, maka suatu saat nanti kita pasti akan kecewa apabila menyedari kekurangan masing-masing. Jika kita berkawan kerana kebaikan yang dimiliki, maka akan tiba suatu saat kita akan kecewa apabila menyedari keburukan masing-masing. Jika kita berkawan kerana memiliki kesamaan dalam pemikiran, maka suatu hari nanti kita akan kecewa apabila kita saling berbeza fikiran. Jika kita berkawan kerana kita senang dengan sikap dan budi yang dimiliki, maka nanti mungkin kita akan kecewa apabila menyedari sikap yang tidak menyenangkan.


Namun jika kita berkawan kerana Allah, akan timbul kesedaran bahawa kau dan aku hanyalah manusia biasa. Kadang benar. Kadang salah. Saling memiliki kelebihan dan juga kekurangan. Kerana seperti itulah manusia, tiada yang sempurna. Dan jika mahu mencari yang sempurna, maka yang kita temukan hanyalah kekecewaan kerana hakikatnya kita bukan malaikat tanpa cela.


Asalkan kita tidak saling berbuat zalim yang merugikan, mengkhianati amanah, menfitnah atau melakukan perbuatan keji lainnya, kau dan aku tetap sahabat yang layak untuk dimaafkan atas segala kekurangan yang dimiliki.



---
Jika semua bermula kerana Allah, maka jangan pernah mengakhirinya kerana selain Allah. 

Comments