“I live in my own little world. But its ok, they know me here.”


Bismillah





Lintang hanya dapat belajar setelah agak larut malam kerana rumahnya sempit, sukar menemui tempat kosong, dan kerana harus berebut lampu minyak. Namun, sekali dia memegang buku, terbanglah dia meninggalkan pondok condong berdinding kulit itu. Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada pada seluruh penat dan kesulitan hidup. Buku baginya adalah ubat dan sumur kehidupan yang airnya selalu memberi kekuatan baru agar dia mampu mengayuh basikal menentang angin setiap hari. Jika berhadapan dengan buku dia akan menghisap setiap kalimat ilmu yang dibacanya. Dia tergoda dengan sayap-sayap kata yang diucapkan oleh para cendekia. Dia melirik maksud tersembunyi daripada sebuah rumus, sesuatu yang mungkin tidak jelas bagi orang lain.

Seperti juga kebodohan yang sering tidak disedari, beberapa orang juga tidak menyedari dirinya telah terpilih, telah ditakdirkan Tuhan untuk ditunangkan dengan ilmu.

(Laskar Pelangi: Andrea Hirata)




Mungkin, salah satu kepuasan dalam dunia ini adalah belajar dan menuntut ilmu yang akhirnya  bukan semata-mata mengajarkan kita menjadi orang yang berpengetahuan, tapi membawa kita menyedari akan satu hakikat bahawa semakin banyak kita tahu, ternyata  banyak lagi yang kita tak tahu. Dengan dibukakan kefahaman demi kefahaman tentang hal-hal yang tidak diketahui sebelumnya, kita akan lebih memahami akan hakikat kehidupan, yang pada akhirnya akan semakin mendekatkan kita kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t.








Always feed your mind. 
If you can`t change yourself, at least your knowledge should be expanding.
 That will change everything. Biiznillah.






Pembelajaran hanya berlaku apabila wujudnya perubahan. Dan matlamat akhir pendidikan, adalah menjangkakan perubahan tingkah laku dari yang dididik. Walaupun dipertemukan dengan banyak guru yang baik, saya tidak pernah jumpa  guru yang lebih baik untuk mengubah tingkah laku, melainkan dari diri sendiri.

Comments