Tetaplah menetap abadi, dalam kenangan yang terbaik.



Tawau; 2013.


Entah kenapa hari tu, kakak ipar saya beriya sangat nak bercerita dengan saya. Tentang abang saya. Walaupun dah lewat malam. Kebetulan malam tu malam saya yang kena jaga dia kat hospital. Abang saya kena balik sebab esok kerja. Saya ingat lagi kata dia,

"Nak cari seseorang yang ada waktu kita senang, waktu kita  sihat, waktu kita gembira, mudah sebenarnya. Tapi, nak cari orang yang setia waktu kita susah, waktu kita sakit, waktu kita bersedih, bukan mudah. Kakak orang paling beruntung sangat dapat abang kamu, waktu kakak sihat, waktu kakak rasa nak berputus asa, abang kamu selalu ada di sisi kakak. Dialah semangat kakak nak sihat semula."

Saya cuma menganggukkan kepala, setia mendengar kata-katanya. Tanpa dikatakan sekalipun, saya tahu. Saya kenal sangat dengan abang saya. Dari kecil sampai besar, membesar bersama, memang dalam keluarga pun, dialah orang yang selalu ada untuk semua. Yang mengajarkan alifbata dan Al-Quran dengan penuh sabar. Tak pernah berkira bila belanja orang. Selalu buat lawak waktu orang bersedih. Sentiasa mahu melihat senyuman pada wajah kami. Sentiasa memberi kalam nasihat yang penuh makna. Tak pernah berkongsi masalah  kerana tak suka nak susahkan orang lain. Itulah abang saya, satu-satunya abang saya  yang saya kenal dan saya ada. Rapat sangat dengan dia sebab beza hari jadi cuma selang sehari. 




18 April 2015.



Hari ini Hari Ulangtahun kelahiran abang saya yang ke-37. Dan tepat dalam jam 12.00 tengahari tadi, kakak ipar saya telah kembali ke Rahmatullah. Breast cancer; Stage 4. Buat pertama kali, dengar suara abang saya di corong telefon, dengan tangisan yang saya tak pernah dengar sebelum ni. Tapi saya tahu, beberapa bulan yang lalu, saat ditanyakan berkenaan kakak ipar saya, abang saya kata, dia dah lama terima dan redha bila-bila sahaja Allah menjemputnya. Sebab dah lama sangat dah bertahan. Biarlah dia pergi dengan tenang.


Didoakan Allah menempatkan arwah, Laidah Binti Haji Abdullah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Saya yakin dan pasti, seorang isteri dan ibu yang cerdik, baik dan penyayang, yang pergi dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga. (HR. At-Tarmidzi).




---
Life has to end. Love doesn't. Kakak akan selalu menetap abadi, dalam kenangan-kenangan yang terbaik. Nanti kita berkumpul semula okay. Hidup bersama selama-lamanya. InsyaAllah. Dan tak lupa, selamat ulangtahun abang Azuary. I know you are a fighter!

Comments

  1. innalillah wa inna ilaihi rojiun.

    kakak itu balik dulu untuk kemas kemas & siapkan rumah untuk abang ini di syurga. so, nanti bila abang ini sampai di sana, hatinya senang.

    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. InsyaAllah.
      Terima kasih renja hijo. :')

      Delete
  2. Anonymous19.4.15

    Assalamualaikum :) hello there I'm just your insta and blog follower *senyum segan* i'm a girl :)

    Nak tanya, awak asal Tawau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam anon,

      Taklah, asal kota kinabalu. Tapi pernah belajar sana. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. Am so touched reading this.

    Semoga ruh kakak tenang di Sana, bersama para solihin. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, amin insyaAllah. Terima kasih. :)

      Delete

Post a Comment