The Loving.
Bismillah
"Biarlah mereka mahu berkata apa sekalipun, kerana Tuhan yang saya kenal itu sentiasa lebih indah daripada cerita-cerita mereka." |
Terkadang, berada dalam lingkungan kebaikan dan hidup penuh dengan amalan pun belum menentukan kita benar-benar mampu menemukan Tuhan dalam ibadah-ibadah yang dilakukan. Seringkali keikhlasan menjadi ujian terberat bagi orang-orang yang melakukan kebaikan kerana sesuatu amal kebaikan itu akan menjadi sia-sia bila ada setitik kecil rasa bangga diri. Maka jangan dihairankan jika ada yang benar-benar menemukan Tuhan dalam lambakan dosa-dosa yang dilakukan. Bukankah dilihat hina pada pandangan manusia itu lebih baik kerana ia membuatkan kita tak sempat berbangga-bangga di hadapan mereka, apatah lagi di hadapan Tuhan, sentiasa merasakan diri sebagai hamba yang lemah dan hina.
Mungkin itulah maksud Rasulullah s.a.w ketika bersabda;
Mungkin itulah maksud Rasulullah s.a.w ketika bersabda;
"Jika kamu tidak pernah berdosa, tentulah aku takut kalau kamu ditimpa dosa yang lebih besar iaitu ujub (kagum dengan diri sendiri)."
(Riwayat Al-Bukhari)
Seorang guru pernah berkata pada anak muridnya, bahawa jika jiwa itu belum tercabut lagi cinta pada maksiat walaupun sudah berulangkali bertaubat dengan ikhlas, maka pandanglah hikmahNya. Mungkin, Allah mahu kita terus berada pada maqam taubat ini agar tiada berasa besar diri. Ketahuilah bahawa cinta Allah itu tidak semestinya pada hambaNya yang taat dan banyak ibadah, tetapi cinta Allah juga pada hambaNya yang banyak maksiat tapi sentiasa merintih malu dengan taubat yang ikhlas.
Apalah ertinya andai seisi dunia mencintai diri kita kecuali Dia? Dan seandainya kita dikurniakan segala dunia dan isi-isinya pun, belum tentu ia dapat memberi ketenteraman dalam jiwa kita. Kecuali, jika Dia yang menurunkan kebahagiaanNya kepada kita.
---
Allah loved us not because we were loveable, but because He is Al-Wadud (The Loving).
Comments
Post a Comment