"Dear kiddo, each time you open a book and read it, a tree smiles knowing there's life after death."


Bismillah 






Saya sangat sukakan buku kanak-kanak sebenarnya. Hanya kerana buku kanak-kanak banyak gambar. Walaupun buku kanak-kanak hanyalah bacaan ringan dengan bahasa dan perkataan yang mudah, tapi proses untuk menghasilkan satu buku kanak-kanak adalah antara yang paling rumit. Sebab, penulis perlu cari pelukis yang sesuai untuk mengilustrasikan setiap tulisan mereka dan itu adalah perkara yang sukar sebab bukan semua orang boleh mengilustrasikan tulisan menjadi gambar, dan gambaran tu sama sepertimana yang dibayangkan oleh penulis. Semuanya perlukan daya imaginasi yang tinggi dari pelukis dan kolaborasi dari penulis itu sendiri. 

Tapi, zaman sekarang lebih mudah jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Teknologi memudahkan ilustrasi. Banyak medium yang boleh digunakan dan hasilnya lebih kemas dan kadang lukisan yang dihasilkan nampak real. Kak Ika Vantiani ada post kat ig, satu gambar buku kanak-kanak era 1920-an di mana kesemua gambar  dalam buku kanak-kanak tersebut dilukis dan dilekatkan, by hand.






Bayangkan kalau ada 10 mukasurat, akan ada 10 gambar dan itu membuatkan buku tersebut menjadi lebih mahal dari buku murakami dan hanya dimiliki oleh golongan-golongan bangsawan. Maka, pada era tersebut, perpustakaan  adalah heaven bagi  semua orang tanpa mengira status mahupun usia. Semua boleh baca sebarang buku, for free!


Kalau kalian memiliki buku kanak-kanak di rumah hari ini, jangan buang dan sia-siakan. Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan atau mungkin untuk bahan bacaan  anak-anak anda nanti. Siapa tahu, satu hari nanti, buku kanak-kanak hari ini akan jadi satu simpanan yang berharga dan tinggi nilainya. Teknologi makin berkembang, mungkin gambar-gambar dalam buku dah boleh bergerak  di masa hadapan.





Saya masih ingat lagi semester 2 dulu, salah satu assignment saya adalah Paper Engineering untuk subjek Geometri. Tugasan kumpulan perlu siapkan satu buku pop-up kanak-kanak. Untuk hasilkan pop-up tersebut perlu gunakan kemahiran Matematik geometri. Setiap ukuran, andai terlebih atau terkurang, pop-up tak akan jadi. Sama ada pop-up tak berdiri atau buku  tak boleh tutup dan itu buat kami tak tidur seminggu. 




Yang pasti, untuk hasilkan satu bahan untuk kanak-kanak perlu belajar dan fahami dulu dunia mereka. Sebagaimana membaca buku, anak-anak kecil banyak mengajarkan sesuatu kepada kita orang-orang dewasa yang membosankan. Kalau nak tahu,  bergaullah dengan kanak-kanak. Kalian akan faham nanti. :)

"I don't love studying. I hate studying. I like learning. Learning is beautiful."

Comments