Yang penting, "..jangan lupa senyum."
Bismillah
Tahu tak, dulu, bilamana cikgu-cikgu kita selalu marah-marah bila kita lupa bawa buku, tak siap kerja rumah, atau tak hafal sifir bukan kerana cikgu kita PMS je, tapi kerana cikgu kita sayang kita dan mereka nak melihat kita menjadi orang yang berjaya dewasa nanti.
Dan cikgu, bila dah marah-marah anak orang, jangan lupa rendahkan ego, minta maaf dan selalu halalkan setiap ilmu yang diberi. Anak-anak murid cikgu adalah manusia, ada hati dan perasaan dan cikgu bukan sentiasa betul. Jangan lupa selalu doakan mereka. Bilamana cikgu ajar anak-anak orang dengan baik, nanti Allah akan berikan cikgu-cikgu yang baik juga untuk anak-anak cikgu. Yakin. InsyaAllah. Jadi, mengajar kenalah ikhlas. Tugas cikgu bukan untuk memahamkan murid kerana kefahaman hanya dari Allah. Tugas cikgu adalah mengajar dengan cara yang terbaik untuk bantu mereka mendapatkan kefahaman.
Dear Zulfikar, bulan 8 nanti kita jumpa lagi InsyaAllah. Teacher kena la sambung study dulu. And please, bila dah tahu diri tu adorable, jangan la adorable sangat kat semua orang. Nanti, teacher jeles. Sayang teacher kan? Jaga diri, okay.
Kata buya Hamka, kita jangan sesekali takabur dan mencari nama, tapi tak salah untuk berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi sendiri. Selalulah menjadi peribadi yang dirindukan kerana kemanfaatannya. InsyaAllah.
---
Teacher sayang semua, okay :)
kak, dari dulu saya minat akk. doakan saya, agar saya dapat capai cita2 utk jadi pendidik. saya nak jadi mcm akk. jika diizinkan Allah, mahu jadi lebih lagi. cikgu yg sentiasa memahami pelajar. wallahi. minat menjadi pendidik tu hadir bila lihat kelembutan seorang guru seperti akak. do pray for me. syukran. moga akk sentiasa sihat dan sentiasa senyum mcm student akk minta. :)
ReplyDeleteDear anon, assalamualaikum.
DeleteTerima kasih. Kalau ada yang baik, ambillah. Tapi yang buruk, jangan contohi okay. InsyaAllah, bila dah ada niat yang baik, ditambah dengan usaha yang baik dari adik, Allah akan permudahkan. Dunia pendidikan memang menantikan orang2 macam adik. Orang yang benar2 minat.
Jangan jadi macam akak. Tapi jadilah diri adik sendiri. Setiap orang ada potensi masing2. Adik akan jadi cikgu yang lebih baik lagi dari akak nanti. InsyaAllah. Yang penting, teruskan belajar dan jangan give up ok. All the best. Salam ukhuwwah. :)
waalaikumusalam,
ReplyDeletesama-sama kakak. insyaAllah yang baik saya ambil ye, waallahi syukran with this motivation words.
Kakak, insyaAllah 19,20,21 hb mei ni saya final sem 2. doakan saya ye. agar saya x perlu nak mengulang. agar saya kuat semangat. ditiupkan ilham utk tahu menjawab.
moga-moga kakak sentiasa dalam jagaan Allah dalam setiap langkah. salam ukhwah fillah aidhon.
:)
InsyaAllah, akak pun exam juga.
DeleteSama-sama saling mendoakan okay. Akak rasa macam kenal je awak ni. Nurwahida kan?
Ingat sangat, dia la kawan ig yang kata nak sangat jadi cikgu dulu. Hehe. :)
All the best okay. You can do it! InsyaAllah.
Allahu, x sangka akak masih ingat. Aiwaa saya. ehehe. Sampai sini saya dapat jejaki kakak. haha \^o^/
ReplyDeleteInsyaAllah. thank you. Aamiin Allahumma Aamiin, buatmu juga semoga dipermudahkan urusan! chaiyok! :)