"The wound is where the light enters you"- Rumi
Bismillah
Adakalanya kita berusaha untuk menghindari hal-hal yang boleh menyakiti hati sendiri dan berusaha mengelak dari menyakiti hati orang lain. Namun, jangan kita lupa bahawa hakikatnya diri kita, dia bahkan semua manusia hidup dalam agenda Tuhan. Segalanya telah ditetapkan dan kita semua berjalan dalam suatu perjalanan kehidupan yang telah disusun, dirancang dan ditentukan olehNya. Maka, walau bagaimana kita kadang berusaha menjaga diri untuk tidak dilukai atau melukai, bila mana Allah telah menetapkan kita, dia atau mereka akan terluka, maka kita, dia atau mereka akan tetap terluka. Walau mungkin ia bukan atas asbab kita sekalipun, boleh jadi ia atas asbab orang lain.
Sebagai hamba, selalulah memandang sesuatu perkara dengan kaca mata berTuhan. Hikmahnya, seringkali hati-hati yang terluka itu akan kembali menemukan Tuhannya daripada dibiarkan leka dan lalai dalam hal-hal yang fana dan sia-sia. Dan boleh jadi kita yang menjadi asbab keterlukaan hati orang lain (walaupun tiada sedikitpun niat untuk melakukannya) adalah kerana itulah ujian dari Allah buat diri kita sendiri. Hadapilah dengan sabar dan solat.

"..dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
[Al-Furqaan:20]
Serahkan hatimu kepadaNya, biarlah Dia yang menjaganya dengan baik, kerana kadang kita sendiri pun tak mampu nak jaga hati kita sendiri. Sesungguhnya tiadalah kekuasaan diri kita melainkan kesemuanya adalah atas kudrat dan iradat Allah s.w.t semata-mata.
Remember that when everything has been taken from you, only then you can feel what it is like to be free from all that you thought was yours, find that within yourself which can not be given and therefore can not be taken away, find your true identity and then pain will be your friend through the ages
---
Keep calm and carry on. Everything will pass cause nothing lasts forever.
😢
ReplyDelete