Don`t worry baby.



Happiness doesn’t result from what we get, but from what we give. One piece of advice from me to you my lovely readers, always be a `good book` to everyone because a good book is an education of the heart.


"Cikgu, Paan kata dia nak kahwin dengan cikgu bila besaq nanti." 

 "Paan, nanti cikgu dah tua kerepot awak tak kahwin dengan cikgu siap awak."




Kata Hamka, semulia-mulia didikan ialah yang diajarkan pada waktu kecil kerana ketika kecil, batin mereka masih lembut, lebih mudah untuk dibentuk. Kanak-kanak juga insan istimewa kerana mereka mudah untuk menerima sesuatu berbanding orang dewasa mahupun remaja. Mereka adalah insan yang suka memerhati setiap perkara disekeliling mereka baik besar mahupun yang kecil. Maka, selalulah memperlihatkan nilai-nilai yang baik dihadapan mereka kerana seringkali setiap perkara yang dilihat itu mudah mereka contohi. Bermula dari pakaian, cara berjalan bahkan setiap perkataan keluar dari mulut kita, mereka akan ingat dan perhatikan. Sebagai seorang guru apatah lagi ibu bapa, insan paling rapat dengan mereka perlulah selalu menjaga adab, tingkah laku dan cara percakapan agar perkara yang dicontohi itu hanyalah hal-hal yang baik. Setiap didikan yang dibentuk pada waktu kecil itulah yang akan banyak menentukan sifat dan sikap mereka apabila dewasa kelak. Dan seringkali salah laku itu berlaku disebabkan kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang yang seharusnya diterima pada peringkat kanak-kanak seperti yang disebutkan Gary Chapman;


The 5 Love Languages; pg.20

Satu pesan yang saya selalu ingat dari seorang pensyarah pembimbing saya, katanya mengajar kanak-kanak umpama membantu sekumpulan insan yang tersesat di hutan. Nak membimbing mereka, selalulah berjalan di belakang agar tiada siapa yang tertinggal. Setiap murid itu berbeza. Ada yang  mampu untuk berjalan laju dan ada yang berjalan sangat perlahan. Menjadi tanggungjawab guru untuk membawa setiap seorang dari mereka keluar dari hutan tersebut. Jika berhadapan dengan murid yang bermasalah, banyaklah bersabar dan belajar merendahkan ego kerana siapa tahu dalam kalangan murid yang menjengkelkan dan melelahkan itu, salah satu di antara mereka kelak akan menarik tanganmu menuju syurga.




If there is one thing that I want to change in a country, the first thing would be the education system. If we spent more money on educating our kids and less money on going to war maybe then the world would become a better place. We may not be able to prepare the future for our children but we can at least prepare our children for the future.




---
Kadang bukan tak nak marah, tapi sebab cikgu sayang dengan anak-anak murid cikgu. Semoga menjadi insan yang berguna bila besar nanti. Dan didoakan kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah ameen. 

Comments

  1. tak tahu la kenapa baca semua ni rasa sebak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab mungkin teringat sahabat atau akak2 usrah yang tak pernah give up nak bawa kita kembali hidup berTuhan. Mesti ada kan? Diorang pun guru. Guru kehidupan. :)

      Delete

Post a Comment