"The time you feel lonely is the time you most need to be by yourself."


Bismillah


Kadangkala kesendirian dan kesunyian itu adalah ubat yang terbaik. Bercakaplah dengan jiwamu, dengarlah suara hatimu. Jauh  dari kebisingan akan selalu menemukan kita kepada jawapan.



(i)

Instead of being the one who knows everything, I want to be the one who wants to learn anything. Knowledge is something amazingly beautiful because it is infinite.


Andai ditanyakan apakah yang saya sangat inginkan dalam hidup ini? Jawapan saya; mahu menjadi perempuan yang membaca. Ya, mungkin kerana kecintaan pada buku-buku dan kata-kata tapi yang lebih penting lagi, bukankah itu perintah pertama yang diturunkan di dalam Al-Quran, Iqra - bacalah. Tuntutlah ilmu. Dan sesungguhnya, andai kita memiliki harta setinggi gunung sekalipun, ia boleh hilang atau dicuri orang pada bila-bila masa tetapi jika kita memiliki ilmu di dada, ia akan sentiasa bertambah kerana tiada siapa boleh mencurinya bahkan ia akan memandu kehidupan kita sepanjang zaman. Moga terus menjadi perempuan membaca, yang dicintai Tuhannya.


"Ada dua hal yang membuat kita hari ini berbeda dengan kita bertahun-tahun yang akan datang: buku yang kita baca dan orang-orang yang kita temui. Buku yang kita baca akan membentuk pola pikir kita, orang-orang terdekat kita akan membentuk karakter kita. Bacalah banyak buku, temui dan tumbuhlah bersama orang-orang hebat - orang-orang yang melakukan banyak perubahan besar dan orang-orang yang kamu kagumi."
- Tuhan Maha Romantis; Azhar Nurun Ala.





(ii)

I don’t want to do things for or because of you. I just want to do things for and because of Allah. Yet, I want to do things with you. Will you?


Andai ditanyakan apakah yang paling mahal dalam diri seseorang? Jawapan saya; keikhlasan. Kerana hakikatnya keikhlasan adalah sesuatu yang misteri, ia adalah rahsia di antara seorang hamba dan Sang Pencipta. Seperti kata Buya Hamka, pokok pangkal keikhlasan itu ialah niat yang tulus, kerana niat itulah yang menjadi nyawa segenap amalan. Amalan yang kecil boleh saja menjadi besar harganya lantaran kesucian niat, sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil kerana niat juga. Niat yang tuluslah yang menjadi pokok dan tiang agungnya, meskipun pekerjaan itu misalnya tidak akan tercapai kerana adanya halangan yang lain. Seperti orang-orang yang berniat untuk naik haji tahun depan, tiba-tiba meninggal pada tahun ini, tetap akan diberi pahala sama pahalanya seperti -orang yang telah naik haji juga. Atau mungkin, kita hanya sekadar berangan-angan hendak berbuat baik. itupun sudah suatu kebaikan. Sudah menjadi bukti bahawa kita telah berusaha membentuk budi untuk menuruti jalan yang mulia. Hakikat keikhlasan yang sebenar, ialah beramal dengan hati yang tulus kerana Allah s.w.t dan bukan kerana yang lain, kerana riya, atau bukan kerana mencari pujian manusia. Seperti dalam ilmu kira-kira, satu jika dibahagi satu hanya satu, satu dibahagi dua menjadi setengah, satu dibahagi tiga menjadi sepertiga, tetapi jika satu dibahagi dengan nol (sifar), ia akan menjadi infiniti, tak terhingga. Seperti itulah ikhlas, membahagikan kita yang satu bukan untuk apa-apa melainkan lillahi ta`ala. 


"It doesn’t matter whether you do what you love or you love what you do. What matters most is you do what you do because of Allah. And you love what you love because of Allah too."





---
"In the midst of searching for myself, I found You."

Comments