People who love you are those who made du`a for you.
Bismillah
At this age, everything is changing. Day by day we don`t notice, but just look back over the past year and you will realise everything has. People you thought that were going to be there forever aren't, and people you never imagined you'd be speaking to are now some of your closest friends. Life makes little sense, and the more we grow the less sense it will make. So make the most of now, before it all changes once again, because in the near future, all of this is only going to be memories.
We are like children building a sand castle. We embellish it with beautiful shells, bits of driftwood, and pieces of colored glass. The castle is ours, off limits to others. We’re willing to attack if others threaten to hurt it. Yet despite all our attachment, we know that the tide will inevitably come in and sweep the sand castle away. The trick is to enjoy it fully but without clinging, and when the time comes, let it dissolve back into the sea.
Untuk setiap orang yang hadir dalam hidup kita, tidak kira kehadiran mereka itu hanya pertemuan sementara atau sahabat selamanya, setiap satu tidak dihadirkan dan dikenalkan kepada kita dengan sia-sia. Setiap mereka pasti akan ada sesuatu yang Tuhan sengaja mahu kita pelajari dari mereka. Menimba pengalaman bersama mereka. Kerana sesungguhnya setiap insan itu mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui dan memiliki sesuatu yang kita tidak miliki. Yang akhirnya, mengenali mereka membawa kita lebih mengenali diri kita sendiri. Seperti kata Dr. Fina;"Kita menjadi seperti diri kita sekarang ini bukan kerana diri kita sendiri, tapi kerana semua orang yang pernah kita temui, lihat dan dengar."
Usia-usia yang mendewasakan ini mengajarkan saya bahawa kita tidak boleh mengharapkan setiap sahabat akan kekal bersama kita selamanya. Kerana sampai suatu saat dan ketika, kita pasti akan berpisah menuju jalan hidup masing-masing yang telah diaturkan Tuhan. Akan kurangnya kebersamaan, kurangnya interaksi hingga mungkin bicara kita hanya sebatas alam maya dan mesej-mesej ringkas. Seperti sahabat-sahabat yang melangkah ke alam pernikahan, semestinya ada prioriti lain yang perlu diutamakan dan kita harus faham. Yang pasti, andai kita bersahabat kerana Allah, walau tidak bertemu dan berhubung sekalipun, sahabat yang baik akan selalu meletakkan kita dalam doa-doa mereka. Sesungguhnya orang yang selalu menyayangi dan mencintai kita adalah orang yang sentiasa menyebut nama kita di hadapan Tuhan walaupun tanpa pengetahuan kita. Dan siapa tahu mungkin, bilamana urusan kita dipermudahkan, doa-doa kita dimakbulkan, impian kita ditunaikan, hati kita disenangkan, jiwa kita ditenangkan, oleh Allah, Tuhan Maha Baik yang luas rahmat dan kasih sayangNya, ia bukan kerana usaha kita seorang diri yang berusaha mendapatkan kejayaan dan nikmat kebahagiaan, tapi kerana ada tangan lain yang menadah tangan menyebut nama kita yang turut sama mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk kita.
Terima kasih sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah dan selalu mendoakan, baik yang jauh mahupun dekat. Didoakan dirimu sentiasa dilindungi dalam rahmat dan hidayah-Nya. Allahumma ameen.
Semestinya kita tidak akan pernah tahu apa pula yang bakal berlaku hari esok. Ujian apa pula yang bakal kita hadapi nanti. Usah risau dan gelisah sahabat, kerana di setiap saat yang mendatang, Allah ada di sana. Dan dengan Dia, kita pasti boleh menempuh apa saja. Yakin!
---
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai ada tulisan-tulisan saya yang pernah menyakiti atau menyinggung perasaan sesiapa. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa, tidak pernah terhindar dari melakukan kekhilafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Lama tak buka tumblr tapi saya rasa saya perasan nama kak 'Matahary'. ;)
ReplyDeletePernah follow eh? Salam ukhuwwah. Akak lama dah tinggalkan tumblr. :)
DeleteSelamat Hari Raya Matah-ary.
ReplyDeleteMoga Allah makin cinta. :)
Terima kasih anon. Allah akan lebih mencintai dirimu, insyaAllah. :)
Delete