Saboteur.

Bismillah


"We'll fight what we can't see."

Segalanya bermula dengan  permainan kad milik Hao yang pada mulanya saya tak ambil tahu sangat pun dan tak berminat nak ikut main. Saya sebenarnya jenis orang yang tak suka main game bahkan dalam handset langsung tiada sebarang game hingga sahabat-sahabat selalu kata hidup saya agak membosankan. Okay, fine.

Sebenarnya bukan tak suka, tapi saya lebih suka game hands-on; yang boleh pegang, sentuh dan rasa. Permainan yang maujud. Maklumlah fikiran masih kanak-kanak tahap 1. (kata ujian IQ test epatamama :))

Dan semalam, Hao bawa permainan kad dia. Saboteur. Perkataan French yang sama erti dengan sabotage/sabotaj. Nak tahu tak, permainan tu boleh menimbulkan trust issues sesama sahabat anda jika dan hanya jika anda adalah orang-orang yang mudah terbawa-bawa pengaruh permainan game ke alam realiti ditambah dengan sikap sebahagian sahabat-sahabat anda yang memang licik bila bermain. Hmmm -_-"




Yang pasti, permainan tu cuma nak ajar dan ingatkan pemain supaya jangan mudah percaya dengan sesiapa (walaupun yang muka baik la sangat) kerana terkadang dan selalunya memang ada segelintir orang atau pihak  disekeliling kita memiliki agenda mereka masing-masing sama ada agenda nak merosakkan orang lain atau mungkin cuba untuk menggagalkan apa yang kita cuba usahakan.




Seperti perumpamaan dalam permainan Saboteur, memang ada golongan-golongan yang rajin, jujur dan amanah dengan tugas yang diberi; mencari emas. 




Namun, dalam kalangan mereka juga hakikatnya ada yang cuba untuk sabotaj usaha mereka dengan merosakkan dan memberi halangan-halangan yang melambatkan lagi tercapainya matlamat mendapatkan emas.Tapi kita tak tahu siapa diantara golongan tersebut yang hakikatnya musuh dalam selimut.


Sememangnya, sengaja saya kongsikan  berkaitan permainan Saboteur ini cuma untuk mengajak anda berfikir dengan lebih dalam lagi tentang mesej yang cuba untuk disampaikan. Saya percaya setiap kita mungkin harap tak ada ada insan atau pihak yang kita musuhi, benci, dan tak suka la sangat atas sebab-sebab tertentu yang hanya anda sahaja ketahui. Tapi, kata guru saya, walau bagaimana benci pun kita kepada seseorang atau segelintir pihak, jangan pernah lupa siapa musuh kita yang sebenar yakni yang disebutkan di dalam Al-Quran; dajjal laknatullah (DJ) beserta kroni-kroninya yang tak akan pernah duduk senang melihat kebahagiaan dan kemenangan pihak yang 'benar' di atas muka bumi ini dan tak akan pernah berputus asa nak mendajjalkan umat manusia baik secara halus apatah lagi terang-terangan. Tak berminat nak ulas panjang  kerana tak nak entry ini berbunyi islamik dan agamawan, cuma nak ingatkan diri sendiri dan sesiapa yang membaca supaya jangan terlalu memikirkan our enemies or haters (bagi yang ada) apabila kita ada musuh yang terang lagi nyata sedang berlegar-legar di luar sana cuba menghancurkan dan merosakkan umat manusia baik dari ketauhidan, kasih sayang,  dan pemikiran. Got it?

Seperti yang sering dikatakan oleh Ust. Hasrizal di laman sosial beliau, kadangkala kita terlalu banyak memikirkan tentang isu berbanding ilmu sedangkan hakikatnya isu tersebut hanyalah isu kecil yang hanya akan melambatkan kita kerana isu tak akan pernah ada habisnya. Banyak-banyaklah belajar, berbicara dan memikirkan tentang ilmu kerana itulah salah satu yang ditakuti dan cuba untuk dihancurkan oleh tentera-tentera DJ; yakni golongan-golongan yang berilmu.




Maka, selamat meninggalkan isu dan selamat membuka buku. :)






I adore you Einstein. :)




---
Rasanya saya gagal untuk tidak men-skema-kan entry ini. Hmmm, never mind. Cause to write well, we need to express ourself like common people, but think like a wise man.

Comments