His Love Letter.


Bismillah




Kata Rasulullah s.a.w, hati dan jiwa seseorang yang tidak memiliki Al-Quran di dalamnya, ibarat rumah yang kosong. (HR at-Tirmidzi)

Apabila sesuatu itu kosong, sememangnya mudah untuk dipenuhi oleh apa-apa sahaja. Dari yang besar hinggalah yang sekecil-kecilnya, dan lebih lagi yang tidak ternampak oleh pancaindera kita; syaitan dan 'kawan' seangkatannya. Lalu mudahlah merebak bisikan-bisikan halus, dan was-was yang melampau, hasad dengki, tamak, suudzhon (sangka buruk), dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Nauzubillah.

Dan seperti kata Kak Umairah dalam salah satu tulisannya, bila tiada Al-Quran di dalam hati, tercabutlah juga rasa-rasa tenang. Tenang yang sepatutnya mengawal kalut dan resah. Tenang yang sepatutnya mengendur marah dan putus asa. Tenang yang sepatutnya mengubat ego, sombong, riak, mahupun sum'ah (bangga diri). Sebab kata Baginda s.a.w. lagi;

"tidaklah berhimpun suatu kaum di salah satu rumah Allah untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, kecuali akan turun kepada mereka sakinah (rasa tenang) dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh malaikat dan disebut oleh Allah di hadapan (malaikat) yang berada dekat-Nya."

(HR. Muslim)




Dan untuk  entry ini, sengaja saya kongsikan satu aplikasi yang dikongsikan oleh sahabat saya dari opsyen Bahasa Arab di mana mereka sering gunakan dalam pengajaran Al-Quran menggunakan ICT, Ia adalah Al-Quran alam maya yang direka khusus oleh Universiti King Saud, Riyadh, Arab Saudi sebagai usaha membudayakan Al-Quran di mana saja. Kelebihan bila bersahabat dengan geng opsyen lain, selalu dapat perkongsian hal-hal yang baik dan menarik; buku, ilmu hinggakan ke aplikasi yang berguna, yang saya tak tahu pun kewujudannya sebelum ini. (mungkin saya yang agak ketinggalan -_-")


Inilah aplikasi Al-Quran yang terbaik setakat ni sebab banyak kelebihan berbanding aplikasi yang sedia ada. Boleh disentuh, ada suara, tajwid, terjemahan dan juga tafsir. 


Versi Bahasa Melayu. Hmmm, dari zaman sekolah, suka sangat bacaan Saad Al-Ghamdi :)



Tafsir bagi setiap ayat.


Dan ini untuk hafazan. Sangat berguna!


Sememangnya bila mana hati kita dipenuhi oleh banyak perkara lain selain Allah, pasti akan banyak kegelisahan, ketakutan dan kesedihan. Jadi, tiap kali merasakan sunyi, atau mungkin rasa `hilang`, carilah disini, insyaAllah akan 'jumpa.' :)


---
"The peace I seek in me, always starts with the remembrance of You."

Comments

  1. saya suka misharyyyy. kak, recommend buku agama. nak start dari mana? saya now tengah tengok syarah kitab Allah; syariat & hakikat kat youtube je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka iffah jumpa juga kitab ASH tu. Itu la kitab fav akak. Dulu kitab tu susah nak dapat. Cetakan pertama tu akak pinjam senior fotokopi. Bila dah keluar cetakan kedua baru beli sendiri. Kitab tu memang kena mengaji dengan guru sebab bahasa dia 'tinggi'. Kalau kat youtube dengar Ust. Fakrurrazi je sebab penulis tu murobbi dia.

      Akak recommend dua buku je;
      1) Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik; Razali Saaran. Buku ni bukan tarbiyatul aulad, dia memang khusus untuk cikgu sekolah, teknik pengajaran cara Nabi. Sangat bagus.
      2) Pendakian Salik Menuju Allah, penulis yang sama tulis buku ASH. Dalam tu ada tulis tentang peringkat nak mengaji ilmu, sesuai sangat la dengan soalan iffah `nak start dari mana` sebab setiap peringkat tu dia memang ada cadangkan beberapa kitab yang sesuai untuk dibaca. Bila2 nanti akak share kat blog okay.

      Sem ni tak banyak sangat beli buku sebab berjimat. Pengajian pun akak fokus kitab ASH tu je sebab kalau boleh nak khatamkan sebelum balik sabah, kat sana susah dah nak belajar live. kena betulkan tauhid dulu, tak sempurna lagi sebab banyak sangat hijab. hmmm, Doakanlah. T_T

      Delete
  2. Assalamualaik. kakak, apa nama aplikasi al-Quran ini? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, dia dalam bahasa Arab. القرآن الكريم للجوال . kalau nak link taip je quran.ksu.edu.sa. :)

      Delete

Post a Comment