Refleks.
Bismillah
Ketika mana Nabi Nuh a.s membina kapal dan ditertawakan oleh kaumnya, baginda tidak pernah tahu bahawa banjir akan datang. Ketika mana parang tajam Nabi Ibrahim a.s nyaris menyembelih kesayangan jiwanya, baginda tidak pernah tahu ia akan ditukarkan menjadi seekor kibas. Ketika mana Nabi Musa a.s. diperintahkan memukulkan tongkatnya, baginda tidak pernah tahu bahawa laut akan terbelah. Dan ketika mana Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan untuk berhijrah, baginda tidak pernah tahu bahawa Madinah akan menjadi kota tersebarnya ajaran yang dibawanya.

Satu-satunya hal yang mereka tahu saat itu adalah mereka harus patuh pada perintah Allah s.w.t dan tanpa henti sentiasa berharap yang terbaik. Ternyata disebalik ketidaktahuan hambaNya, Dia telah pun menyiapkan kejutan yang kadangkala di luar akal fikiran manusia saat mereka menunaikan perintahNya. Asal yakin bahawa bantuan Allah itu kadang akan datang sampai di detik-detik terakhir usaha hambaNya, maka jangan pernah berputus asa dan teruslah berharap kepadaNya. Walaupun kadangkala hasil usaha kita jauh dari apa yang diharapkan bahkan menyakitkan, usah berkecil hati kerana Allah kadangkala menunjukkan cintaNya dengan bahasa yang tidak kita fahami dan dengan cara yang kita tidak suka. Hikmahnya mungkin bukan hari ini, tapi suatu saat nanti. Tetaplah bersabar dan istiqomah dalam berikhtiar untuk memperjuangkan sesuatu yang baik. Dan yang lebih utama, tetaplah bersangka baik kepada Allah dalam setiap nafas hidup kita. Ingatkanlah jika saya terlupa.
"Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." - 31:34.
Tanpa impian, kita tak akan mungkin dapat menggapai apa-apa. Tanpa cinta, kita mungkin tidak akan merasakan apa-apa. Tanpa Tuhan, kita hakikatnya bukan siapa-siapa.
Comments
Post a Comment