Tentang buku.
Aneh kan, bagaimana ada buku yang boleh beri kita pelbagai rasa bila membacanya? Semestinya buku seperti itu adalah tulisan-tulisan yang lahir langsung dari hati penulis kerana sesuatu yang dari hati itu sememangnya mudah akan sampai ke hati.
Satu hal yang saya percaya, buku yang baik itu bukan sekadar buku yang mampu membawa pembaca kepada sebuah kisah yang menarik, tetapi lebih lagi, membawa pembaca memahami diri sendiri bahkan memahami orang lain yang akhirnya memberikan mereka pemaknaan yang baru tentang sudut pandang hidup. Tidak kira ia dikarang oleh sesiapa. Dan beruntunglah pembaca yang menemukan jawapan dan pelajaran tentang hidup mereka walau hanya sekadar dari lembaran-lembaran kisah pada satu buku. Mungkin mereka sememangnya di'jodoh'kan untuk membaca buku tersebut, bukan sekadar untuk menemukan jawapan tetapi menciptakan 'harapan'.
"When we read the right book generously, it can change the way we think about the world around us."
- John Green.
Dengan sengajanya membeli satu buku yang sama dengan seorang sahabat yang tak pernah bertemu langsung dengannya, hanya kerana teringatkan satu part dalam buku The End of Your Life Book Club, bila mana penulis berjauhan dengan ibunya, salah satu cara terbaik untuk saling berhubung adalah dengan membaca satu buku yang sama pada waktu yang sama. Kerana ia umpama mereka saling bertemu dan mengembara bersama, dalam satu cerita, walaupun hakikatnya mereka saling berjarak. hmmm.
"the power of books; it can comfort us, astonish us, teach us, and tell us what we need to do with our lives and in the world. Reading isn’t the opposite of doing; it’s the opposite of dying."
---
Dalam kesibukan menyiapkan AR dan tak dapat nak escape ke mana-mana, hanya bukulah yang mampu menawarkan eskapism paling nyaman. ;)
Salam kak. Sebenarnya saya dah lama mengikuti blog akak. Entah kenapa, setiap satu daripada ayat yang akak tulis benar-benar menusuk hati, mententeramkan yang gundah, melapangkan hati yang resah. Terima kasih akak. Moga akan tetap menulis :)
ReplyDeleteWalaikumsalam, terima kasih. Allah dahululah yang menyentuh dan menenteramkan hati adik, mungkin tulisan akak hanya wasilah dariNya. Ambillah yang baik, insyaAllah. Enjoy your stay. :)
Delete