Home.
"We are always 'home.'" |
“Why do you go away?"
"So that I can come back. So that I can see the place I came from with new eyes and extra colors. And the people there see me differently, too. Coming back to where I`m started is not the same as never leaving, you know. "
Setiap orang mempunyai makna kegembiraan dan kebahagiaan masing-masing. Mungkin dengan memiliki barang yang mahal, meluangkan masa dengan orang yang tersayang, atau mungkin melakukan sesuatu yang mereka suka. Apa-apa saja yang mampu membuatkan mereka gembira. Satu hal yang pasti, wang tidak akan mampu membeli kebahagiaan. Bahkan kadangkala kegembiraan juga tidak selalunya diperolehi daripada hal-hal yang besar. Namun cukuplah jika kita belajar menghargai perkara-perkara kecil dalam kehidupan seperti secawan kopi yang sedap, ataupun sekuntum bunga yang mengeluarkan bau harum, atau mungkin juga senyuman seseorang yang tidak dikenali yang bertembung di bahu jalan yang kita lalui setiap hari. Dunia ini hakikatnya penuh dengan liku-liku tak berpenghujung. Kadang ada ketakutan, ada kesedihan. Jika kita selami ia sedalam-dalamnya segala perkara negatif bahkan setiap kesedihan yang kita lalui juga sebenarnya adalah perkara-perkara terindah yang kita temui selama ini. Yang membawa kita menjadi lebih dewasa. Lebih memahami akan makna sebenar kehidupan.
"...the real value of a real education, which has almost nothing to do with knowledge, and everything to do with simple awareness; awareness of what is so real and essential, so hidden in plain sight all around us, all the time..."
"Everyone wants to live on the top of the mountain, but all the happiness and growth occurs while you`re climbing it." |
Thanks for the memories.
June 28,2010 - Sept.18, 2015
---
In the end, people traveled the world, only to realize that nothing can replace the comfort of our bed back at home. :)
buku tu, saya pun sedang gigih menghatamkannya (tak tahulah bila nak habis) ;-)
ReplyDeleteBest buku tu! Cerita dia hampir sama dengan Rembulan Tenggelam di Wajahmu, karya Tere Liye. Banyak flashback. :)
DeleteTak berani nak komen lagi sebab tak habis lagi..so far oklah, senang nak faham hehehe..
DeleteRembulan Tenggelam di wajahmu? harus saya cari ne Ary..
btw, dah habis study?
Alhamdulillah dah. Ary di Sabah dah sekarang. Next week start internship. Kak zilla bila nak balik m'sia ni? Hehe, bestnya latest entry tu. Mesti dah fasih cakap bahasa indo kan. :)
DeleteAlhamdulillah, moga success ya Ary..saya tumpang bangga dari juah :-)
Deleteopss, saya dah di malaysia ini. trip itu ogos yang lepas..perjalanan yang sebentar aja tapi penuh dengan 1001 pengalaman Ary.saya tak boleh lupa saat suara bibik tu menaik waktu melahirkan kekecewaan anak gadisnya yg convert menjadi muslim..lama dia buang anaknya tapi akhirnya satu hari dia sedar, apa pun anutan anaknya tujuan akhirnya tetap sama dan sejak dari itu katanya dia kembai berbaik semula dengan anaknya..bagus sgt Ary mendengar pengalaman sedihnya berpisah agama dengan anaknya..oh ya, di perkampungan itu dah ada beberapa keluarga yang sudah convert ke Islam dan penerimaan mereka juga amat baik Ary..
Ishh panjang pula komen saya kali ini :-) tapi serius teruja nak kongsi pengalaman ini dengan Ary...
Terima kasih Kak. InsyaAllah. Seronok juga baca pengalaman akak tu. Biasa la tu, bila hal2 yang melibatkan agama bukan sesuatu yang mudah lagi2 bila libatkan ahli keluarga. Tapi kasih sayang anak dan ibu tetap kuat walau apa pun. Siapa tahu satu hari nanti terbuka juga hati ibu dia terima Islam, hidayah dari seorang anak. Semua agama pun kalau dikaji akhirnya akan kembali pada agama Ibrahim, mentauhidkan Tuhan yang satu. Mesti banyak lagi pengalaman tak sempat dikongsikan. Ada peluang nak jumpa akak satu hari nanti insyaAllah. :)
DeleteInsyaAllah, Ary..ada rezeki pastu satu hari nanti kita bakal ketemu..bila-bila saya ke Sabah nanti saya maklumkan pada Ary juga..
Delete