Me me she.
Kisah pendek anak-anak muda. |
"Sebelum berpisah hari tu, sempat juga jumpa dia."
"So, apa kata-kata terakhir."
"Kata kat dia, hmmm, "kahwin nanti jangan lupa jemput." Tu je. Hahaha."
"Sedih lagi ke?"
"Taklah, lama dah move on."
"Ye ke? Bukan selalu stalk dia ke?"
"Bukan stalk okay. Research. Nak tengok sejauh mana dia boleh move on dulu dari aku. Tu je."
"So, apa dapatan kajiannya. Dah macam buat lab research pula."
"Dia happy dengan hidup dia. Okay la tu."
"Di luar mungkin happy, dalam hati siapa tahu. Lelaki ni kadang diorang tak akan tunjuk frust diorang kat orang lain."
"Kau macam tahu-tahu je kan."
"Of course la. Aku lelaki kot."
"Oh-kay. Hahaha. Tapi seriyes. Dia okay je. He`s already happy with someone else. But never mind. Aku selalu doakan kebahagiaan dia."
"Good to hear that. You know, kadang bukan semua orang yang hadir dalam hidup kita ni are meant to be in our life forever. Some of them are just passing through. Mungkin, just to give us a lesson. Macam kata Wani Ardy, ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta bukan untuk sampai ke penghujungnya tapi untuk menimba pengalamannya. But, kau tak payah risaulah. Banyak lagi orang yang lebih baik dari dia."
"Kau pun baca buku Langit Vanilla juga heh. Jiwang juga kau ni kan. Hahaha. Tapi bro, bagi aku setiap yang hadir dalam hidup aku are meant to stay forever. Cuma bezanya, stay as a friend, a lover or stay as a memory. Aku tak suka benci orang okay. Apa yang terjadi sekalipun diorang tetap member aku sampai bila-bila. Anyway, thanks for the words. I`ll keep it in mind. Okaylah. Aku lewat dah ni. Nanti kita sembang deep lagi. And don`t forget, doakan aku jumpa juga orang lebih baik yang kau kata tu. Hahaha."
"I will.
....and I hope that person is me."
---
Satu quote tu kata, people may not always tell you how they feel about you, but they will always show you. Pay attention. Sebab bukan semua orang pandai mengekspresikan rasa. Dan kadang, ada yang lebih suka membiarkan rasa berbicara di hati. Mungkin cukup hanya Dia dan diri mereka sahaja yang rasa dan mengerti. Apa-apapun, ini cuma kisah pendek anak-anak muda.
Comments
Post a Comment