"Either write something worth reading or do something worth writing."


Bismillah

This is the reason why this blog exists. :)


Ada banyak cara untuk kita dapat pahala dalam hidup ini. Jika ia datang dari niat yang baik, maka perkara-perkara sekecil memberi tempat duduk kepada ibu mengandung, memberi salam dan senyuman kepada orang asing, membuang benda tajam di laluan dan jalan atau dengan hanya menulis benda-benda yang bermanfaat untuk diri dan orang lain, boleh jadi ia adalah hal yang besar pada pandangan Tuhan. Segala hal yang boleh dibahagi, beri dan kongsikanlah kerana apabila ia diberi dan dikongsikan, ia takkan pernah hilang bahkan kebaikan demi kebaikan akan terus berkembang dan berpindah tangan. Asal selalu meniatkan kebaikan, sungguh kita tak akan berhenti berkebaikan selama berniat baik.

Tempoh hari ada seseorang sahabat bertanya mengapa saya pernah menghilangkan diri di ruangan ini untuk sekian lama. Itu sesuatu yang personal mungkin. Yang pasti tahun-tahun sebelum ini adalah fasa-fasa saya mencari diri, baik di alam maya lebih-lebih lagi di alam nyata. Setiap orang akan melalui satu fasa yang sama, fasa mencari apa yang kita inginkan, mencari apa yang benar dan mencuba hal-hal yang baru. Kelak semua itulah  akan membawa kita menemukan apa yang lebih utama buat diri kita, yakni menjadi diri sendiri dan memperbaiki diri bukan yang ditayangkan pada alam maya tapi lebih lagi, diri yang berada di hadapan skrin mati, di alam realiti. Betapa ramai hari ini yang berusaha untuk tampil bahagia, menayangkan hal yang baik-baik di alam maya namun hakikatnya kehidupan realiti mereka tidaklah sebaik dan seindah yang dikongsikan. Kadang kita lebih banyak menjaga apa yang ditayangkan di alam maya hingga melupakan prioriti kita untuk memperbaiki kehidupan sebenar dan menjadi manusia yang benar-benar 'hidup' dan berguna buat masyarakat. Niat kita untuk memberi dan menjadi inspirasi buat orang lain itu sememangnya baik, but don't forget to create life that feels good on the inside, not just looks good on the outside. Hal-hal yang terbaik buat diri sendiri seringkali bukanlah sesuatu yang boleh dilihat tetapi lebih lagi tentang  rasa dalam hati yang merasakan ketenangan jauh sekali membebankan.

Atas alasan 'remember why how you started?' maka saya kembali ke ruangan ini semula, kembali belajar menulis dan berkata-kata untuk lebih banyak membaca dan mengenal diri juga memberi 'waktu' buat diri sendiri. Di ruangan ini saya lebih banyak jujur menjadi diri sendiri sebenarnya namun setiap yang dikongsikan cukuplah sekadar apa yang mampu saya berikan.

Kepada semua yang telah bersama-sama mengikuti penulisan saya sejak dahulu, tak kira dia tukang follow, tukang komen, tukang copy paste, tukang share, tukang stalk, tukang benci, tukang tegur, dan tukang segala tukang-tukang lain yang tak dapat saya senaraikan, terima kasih.:) Segala yang baik, ambillah dan segala yang buruk, mohon dijauhi. Saya juga manusia seperti kalian, maka segala kebaikan dan kelebihan hanyalah dari Allah semata-mata.








There`s nothing wrong about having a social media, as long as we know our limits. It`s not important for the world to know every inch of our life but the world needs those who constantly push boundaries. Those who gets excited at doing something that never done before. Because once they did, they give the others permission to do the same. 


---
Tanpa Dia, siapalah kita. Always be the best version of you.:)

Comments

  1. teringat pesanan salah seorang teman saya "tulis apa yang kamu ingin tulis..tak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri kerana tulisan itu kadangkala cerminan sang penulisnya..."

    sebagai salah seorang penulis blog, kadangkala saya takut Ary..takut apa yang saya tulis itu mendatangkan riak di hati wpun tujuan asalnya adalah untuk berbagi apa yang kita ada dengan kawan2 di luar sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu perkara biasa kak, bahkan kadang dirasai oleh semua orang. Bila mana kita melakukan suatu kebaikan lalu mendapat pujian, kita akan diuji dengan perasaan riak dan bangga diri. Asalkan bermula dengan niat yang baik diawalnya, teruskan sahaja apa yang dilakukan kerana akan tiba satu saat bila dah selalu buat, perasaan2 itu akan hilang dengan sendirinya. Yang penting setiap saat selalu memperbetulkan niat. Itulah hikmah solat setiap hari dilakukan tidak hanya sekali tetapi 5 kali sehari, kerana dalam setiap solat kita hakikatnya memperbetulkan syahadah. Kadang ada perkara atau perbuatan kita yang tersasar dari tujuan sebenar bahkan kadang ada syirik2 kecil yang kita lakukan tapi kita tak sedar, kita dapat perbetulkan semula dalam setiap solat.

      Akan ada saja yang benar-benar memerlukan dan ternanti-nanti tulisan-tulisan akak, saya mungkin salah seorangnya, hehe ^^,. Sebagai guide nak melancong bila2 nanti. So, keep writing okay. :)

      Delete
    2. terima kasih, Ary...

      Delete
  2. Kan.. Akak pon same. Remember why you love writing.

    ReplyDelete

Post a Comment