Sala Samobójców (2011).

Bismillah




Menonton semula filem Sala Samobójców tempoh hari membuatkan saya teringat momen menyiapkan isi forum untuk subjek Guru dan Cabaran Semasa  di Bainun dahulu. Ada ketika bila rasa bosan nak baca buku maka menonton filem juga adalah cara yang baik untuk mendapatkan idea-idea bernas, kan?  Dan saya memang tipikal visual learner yang memang suka kuliah yang diselitkan dengan video-video menarik. ^^,v


Sala Samobójców (The Suicide Room) adalah antara filem Polish yang membawa kita mengimbau semula budaya emo zaman sekolah dahulu; geng suka pakai baju hitam, muka  depress, pakai celak mata dan layan lagu Helena. Memang ada golongan sebegini yang wujud di sekolah saya dulu (bahkan mungkin di mana-mana sekolah)  dan kadang kebanyakan mereka bukan depress sangat (pun) --, cuma terpengaruh dengan budaya yang dilihat di televisyen juga lagu-lagu Barat yang dianggap, cool. Tipikal zaman remaja yang nak cuba semua benda, heh. Saya layan juga lagu Helena dulu tapi taklah sampai 'terbawa-bawa' sangat. Sampai sekarang pun tiap kali terdengar lagu tu mesti teringat zaman budak Stella. hmmm, dah tak payah cerita!






Namun watak Dominik, Sylvia dan karakter-karakter dalam Suicide Room menyampaikan mesej bahawa sememangnya ada golongan remaja emo yang benar-benar broken dan depress di luar sana. Kebanyakan mereka mengalami tekanan jiwa dan masalah dalaman berpunca daripada masalah keluarga, dibuli dan krisis identiti. Dari perspektif remaja saya rasa filem ini mungkin diminati hanyalah disebabkan watak Dominik yang cool dan good looking semata-mata. Hakikatnya watak Dominik mencerminkan seorang remaja kesunyian yang mencari teman untuk berbicara dan meluahkan segala perasan yang terbuku dihatinya. Berkenalan dengan  Sylvia melalui Suicide Room; satu site yang mengumpulkan  remaja yang 'melarikan' diri daripada kehidupan realiti membuatkan Dominik merasakan dirinya menemukan sebuah 'keluarga'. Namun kesemua mereka sebenarnya tidak membawa pengaruh baik terhadap Dominik hingga menyebabkan dia mengurung dirinya dan  menghabiskan masa dengan dunia maya.


Mesej utama yang cuba disampaikan melalui filem ini bukanlah berkaitan emo culture mahupun krisis remaja semata-mata tetapi yang lebih utama adalah berkaitan peranan ibu bapa dalam  sesebuah keluarga sebenarnya. Ada satu babak dalam filem ini di mana ibu bapa Dominik  cuba mendapat khidmat seorang kaunselor untuk membantu anak mereka. Namun ketika diajukan beberapa soalan berkaitan perihal anak mereka; hobi, minat dan sebagainya, barulah ibu bapanya sedar bahawa selama ini mereka belum cukup mengenali anak mereka sebenarnya. Seperti yang berlaku pada hari ini, segelintir ibu bapa di luar sana menganggap peranan mereka adalah memberi pendidikan dan menyediakan segala keperluan fizikal buat anak-anak sudah mencukupi namun ramai ibu bapa yang lupa akan tanggungjawab yang lebih utama; membina hubungan, meluangkan masa dan  yang paling penting, komunikasi dengan anak-anak yang semakin hilang.

Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari filem ini sebenarnya. Ambillah yang baik dan yang buruk dijauhi. Seperti satu entri saya pernah kongsikan dahulu, mendidik anak-anak dari usia kanak-kanak sebenarnya lebih mudah  kerana seperti kata Frederick Douglass, "It is easier to build strong children than to repair broken men."


Comments