Tentang Einstein, seni dan sastera.
Bismillah
Triste Coeur. |
"You look nice," I say, "but more like art."
"Hmm?"
"You look more like art than nice, in my opinion."
"What's that supposed to mean?"
"It means if we were in the room full of art," I smile, "you'd be my favourite piece."
Tempoh hari menemukan satu petikan kata-kata Einstein yang membuatkan saya tersenyum-senyum setiap mengingatnya. Ternyata Einstein adalah seorang ahli Fizik yang sangat menghargai seni. Pada tahun 1934, Einstein pernah mencoretkan bahawa manusia yang paling disayangi dan paling bermanfaat ialah;
"...yang memberi manusia lain kerja yang membangun, justeru, secara tak langsung membangunkan diri mereka. Ini terpakai secara banyaknya kepada kerja-kerja artis-artis agung dan juga, pada darjah yang di bawahnya, para saintis." (ibid)
Ternyata ia menyebut artis dahulu sebelum saintis - menarik!. Terus sahaja saya membayangkan kota-kota Renaissance dan Chapel dalam khayal. hmmm. Lalu katanya lagi;
"To be sure, it is not the fruits of scientific research that elevate a man and enrich his nature, but the urge to understand, the intellectual work, creative or receptive. It would surely be absurd to judge the value of Talmud, for instance, by its intellectual fruits”
- Ideas and Opinions; Albert Einstein.
Berbeza sekali dengan pandangan kebanyakan kita yang diterapkan sejak dibangku sekolah bahawa ilmu sastera dan seni dianggap ilmu bagi pelajar-pelajar 'lemah' dan 'lembap' sementara pelajar aliran sains sentiasa dianggap lebih pandai dan mempunyai masa depan yang cerah. Tidak wajar kan, sekiranya pelajar dibanding-bandingkan mengikut aliran kerana setiap mereka memiliki potensi yang berbeza. Jika ahli Sains mencipta televisyen, ahli sastera dan seni pula mencipta drama, filem dan muzik. Maka setiap aliran hakikatnya saling melengkapi.
Malang sekali jika sebuah negara yang membangun meminggirkan Sastera sedangkan ia merupakan salah satu mata pelajaran wajib di Jepun. Sejarah juga membuktikan bahawa zaman Eropah mengalami era Renaissance disebabkan sastera, seni dan muzik yang merupakan disiplin ilmu yang penting ketika era tersebut. Sastera juga menjadi penggerak tamadun Yunani bahkan tamadun Islam juga berkembang dengan sastera Arab yang masyhur. Dan yang paling saya ingat, diceritakan dalam buku Senyum Manis Wali Songo, para Wali-wali tersebut juga berdakwah menyampaikan Islam menggunakan medium kesenian suatu ketika dahulu.
Saya juga bukanlah seorang pelajar sastera melainkan hanyalah pencinta kepada karya-karya sastera dan seni. Namun sastera itu juga sebahagian daripada kehidupan, kan? Dan seperti mana Umar Bin Khattab pernah berpesan;
"Ajarkan anakmu tentang sastera, agar anak yang pengecut menjadi pemberani."
Belajar memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan tidak kira ilmu apa sekalipun kerana selagi mana ia ilmu yang memberi hikmah, ia adalah ilmu yang baik seperti kata Nabi, kebijaksanaan itu hakikatnya barang yang tercicir. Dan seberapa banyak sekalipun ilmu yang dimiliki, ia hakikatnya hanyalah wasilah untuk kita lebih mengenal Pencipta.
---
"The whole culture is telling you to hurry, while the art tells you to take your time. Always listen to the art” - Junot Díaz.
Simple and sempoi !
ReplyDelete