"Those who win battles we know nothing about.”
Bismillah
credit. Ramai yang melaungkan Islam adalah kebahagiaan dan kedamaian. Tetapi hakikatnya, wajah-wajah mereka sentiasa masam dari cuka, sentiasa marah-marah, hidup mereka penuh huru-hara, keluarga huru-hara tetapi mengaku memperjuangkan kedamaian dunia dengan Islam. Siapa yang akan minat Islam jika pengamal dan pemasar Islam sendiri tidak nampak bahagia hidup dengan Islam. Dan itulah asbab utama dajal berjaya mencipta kegembiraan palsu hingga ramai yang tertipu.Simpanlah airmata dalam rahsia kita dengan Allah. Namun dalam kehidupan, zahirkan kegembiraan, ketabahan, kuat,cekal dan penuh kesyukuran. Jangan sesekali menunjukkan wajah lemah dan sedih kita pada musuh. Ia akan menjadi hujah bahawa Islam itu hanya membawa penderitaan dan kesedihan.Tiada yang melangkah ke Madinah di zaman Rasulullah s.a.w melainkan memeluk Islam. Kerana mereka melihat terpancar wajah-wajah dan kehidupan yang penuh bahagia. Sesungguhnya kebahagiaan inilah yang manusia cari di merata dunia.
(via matah-ary-deactivated20131105)
Kadang kita perlu mencari dan membelek semula tulisan-tulisan lama, hanya untuk mengingatkan kita semula tentang hal-hal yang kita kadangkala lupa. Teruskanlah menuliskan sesuatu yang bermanfaat, esok-esok mungkin tulisan itulah yang akan mengingatkan kita semula.
“Di dunia ini ada banyak orang yang mengalami masalah seperti yang kamu alami. tapi lihatlah, mereka bisa baik-baik saja. Kenapa kamu tidak?”Dan bersyukurlah kerana di dunia ini juga banyak orang yang sebenarnya mengalami masalah lebih buruk dari yang kita alami.
---
"Biarlah sebab apa yang telah ditakdirkan Allah mesti, terjadi." Dan yakinlah, Allah sentiasa menyayangi kita lebih dari yang kita perlukan.
Comments
Post a Comment