Life lesson (vii)

Bismillah




"Untuk hidup yang tetap indah, meski tidak selalu mudah."

"Jika semua yang kita impikan segera terwujud, dari mana kita belajar sabar." 
- Dahlan Iskan


Seandainya setiap cerita hidup kita selalu indah, hati kita mungkin tidak pernah kenal dekat dengan sabar dan ikhlas. Seandainya setiap yang kita inginkan dikabulkan, kita mungkin tidak pernah tahu indahnya mendekati Allah bersama jutaan doa dan harapan. Dan andai saja  setiap harapan kita selalu berjalan sesuai rencana, semestinya kita tidak akan pernah belajar bahawa kekecewaan itu hakikatnya menguatkan.

Kadangkala kita mungkin terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada masa-masa sulit. Kerana kenyataannya manusia sememangnya memerlukan saat di mana ia dididik dengan keras, saat-saat ia merasakan pahitnya hidup dan perjuangan, saat-saat di mana kita kadangkala harus berkorban demi insan yang lebih memerlukan. Seringkali saat-saat itulah manusia sedar akan hakikat hidup mereka di dunia ini, apa tujuan mereka diciptakan Allah? Ia tidak hanya untuk menjadi dewasa, tapi lebih lagi untuk membentuk kematangan berfikir, kematangan emosional dan selalu mengajarkan diri untuk lebih memprioritikan hal-hal yang harus didahulukan.

Kata-kata yang selalu saya ingatkan di dalam hati dan kepala, daun yang jatuh pun sudah diaturkan Allah, apatah lagi keinginan yang dimiliki setiap manusia, kenyataan yang dihadapi, pertemuan dengan orang-orang tertentu, perasaan yang begitu tidak menentu, semangat yang turun naik. Allah selalu mempunyai maksud disebalik semua itu. Kerana hakikatnya tiada yang berlaku secara kebetulan, melainkan segalanya telah tertulis. Everything happen for a reason.

Dunia adalah sekolah kehidupan, dan tugas kita adalah terus belajar dan belajar. Jika di sekolah ujian hanya diberi selepas belajar. Berbeza dalam sekolah kehidupan ini, pembelajaran dan pemahaman hanya akan difahami sesudah kita diuji. Maka selamat belajar dan mengikhlaskan, kerana semua yang datang kepada kita hakikatnya adalah yang terbaik. Jika tidak di hari ini, semestinya di masa hadapan. 

Memang kadangkala kehidupan ini sukar untuk difahami. Namun setiap sesuatu itu terselitnya cinta Allah yang penuh dengan kerahsiaan. Dan seringkali hanya mereka yang memiliki cinta Yang Benar akan memahami bahasa cinta Illahi. 



Comments

  1. indah sekali tiap-tiap susuna kata,
    jazakillah untuk ini.

    Moga Allah sentiasa mengizinkan kita untuk memahami bahasa cintaNya,
    Selalu.

    :')

    ReplyDelete
  2. yup, everything happen for a reason.

    ReplyDelete

Post a Comment