Tentang sebuah kerajinan menuliskan reviu buku yang panjang.
Bismillah,
i.
i.
Have a Little Faith merupakan buku keempat karya Mitch Albom yang saya rasa tidak kurang 'enak'nya seperti buku-buku beliau sebelum ini. Namun berbeza dengan karya-karya beliau yang lain, buku ini lebih bertemakan agama dan ia digarap daripada pengalaman Mitch sendiri dalam mempelajari erti sebuah kehidupan dan kematian sehinggalah konsep mengenal Tuhan daripada dua insan yang mempunyai pegangan agama yang berbeza; Albert L. Lewis, rabbi beliau sendiri yang beragama Yahudi dan Henry Convington, seorang pastor beragama Kristian.
Melalui buku ini, Mitch mengajak pembaca untuk merasai sendiri pengalaman dan pengajaran hidup yang beliau perolehi sepanjang mengenal kedua-dua insan tersebut. Walaupun ia bertemakan agama, Mitch tidak sedikitpun menyentuh dalam berkaitan agama melainkan berkenaan iman, cinta dan sikap toleransi antara umat beragama. Seperti satu kata yang saya suka dalam buku tersebut;
" No matter which road you decide to take on your life's journey, just make sure God is an intimate part of it."
Selagi seseorang manusia itu memilih jalan hidup berTuhan, walau berbeza agama sekalipun, mereka akan cenderung melakukan hal-hal kebaikan kerana tiada Tuhan dalam sebarang agama yang mengajar penganutnya kepada kejahatan dan dosa. Namun manusia sendirilah yang diberi pilihan untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan dan itu adalah ujian buat setiap kita.
Walaupun keseluruhan novel lebih tertumpu kepada kehidupan seorang Albert Lewis, bagi saya pemahaman berkaitan "have a little faith" lebih digambarkan melalui perjalanan hidup seorang Henry Covington yang memiliki kehidupan masa lalu yang gelap sebelum datangnya petunjuk mengubah seluruh hidup beliau hingga akhirnya menjadi seorang pastor gereja. Hanya kerana sedikit keyakinan dan harapan yang lahir dalam satu peristiwa pada suatu malam dalam hidupnya, beliau akhirnya mempercayai bahawa, "God is good all the time" dan berubah mengabdikan dirinya untuk menjadi hamba Tuhan yang lebih baik. Dan sebagai seorang Muslim sendiri, kita semestinya percaya bahawa kasih sayang Tuhan itu sentiasa melebihi murkaNya, maka sebanyak mana pun kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan oleh seorang hamba, Tuhan yakni Allah s.w.t sentiasa menanti mereka untuk kembali kepada jalan hidup yang diredhaiNya.
ii.
Buku 99 Cahaya di Langit Eropa pula merupakan buku paling tepat buat mereka yang sukakan travel dan mahu lebih mengenali bumi Eropah dengan lebih dekat. Namun buku karya Hanum Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan gaya penulisan kebanyakan buku-buku travelog kerana ianya padat dengan fakta sejarah dengan teknik penceritaan yang bagi saya sangat menarik dan tidak membosankan. Kedua-dua penulis bukan sahaja membawa pembaca mengenal sejarah Islam tetapi juga berkongsi pengalaman dan cabaran mereka menjalani kehidupan sebagai komuniti minor Islam di bumi kelahiran Mozart dan Pachelbel ini.
Walaupun telah diadaptasikan dalam bentuk filem, terdapat sebahagian fakta menarik di dalam buku ini yang tidak diselitkan dalam filem tersebut. Antara fakta yang menarik bagi saya adalah berkaitan Voltaire, seorang sasterawan yang terkenal. Beliau merupakan antara figur yang kontroversial dengan fragmen drama berjudul "Le fanatisme, ou Mahomet le Prophète." (Fanatisme, atau Muhammad Sang Nabi), yang tidak menceritakan berkaitan riwayat Rasulullah tetapi sebaliknya beliau mengambarkan karakter Nabi Muhammad secara negatif.
Dalam drama tersebut, Voltaire mempersembahkan kisah seorang lelaki bernama Seid (merujuk kepada Zaid Ibnu Harithah, satu-satunya sahabat dan anak angkat Nabi yang disebutkan namanya di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab) yang kononnya fanatik terhadap ajaran Nabi Muhammad hingga 'menggelapkan matanya' dan akhirnya Zaid membunuh ayah kandungnya sendiri. Cerita ini hakikatnya fitnah dan sekadar imajinasi Voltaire semata-mata. Beliau sendiri akhirnya mengakui bahawa cerita tersebut bukan berdasarkan fakta sejarah sebaliknya beliau memiliki misi lain disebalik penyebaran cerita bohong tersebut. Beliau ingin menunjukkan bahawa fanatisme berlebihan terhadap sesuatu agama hanya akan membawa kepada kehancuran jiwa dan ini bertujuan menyindir hegemoni gereja ketika itu dengan cara memfitnah sejarah agama lain. Voltaire hakikatnya merupakan seorang ateis.
Sesuatu yang aneh adalah kira-kira selepas 30 tahun menuliskan fragmen drama tentang Muhammad, Voltaire kembali menuliskan berkaitan Islam dengan menyatakan bahawa ia adalah agama yang menjunjung toleransi bahkan beliau sendiri mengaku kagum dengan kepimpinan Nabi Muhammad yang adil dan saksama. Sebahagian masyarakat yang mengkaji berkaitan beliau berandaian bahawa mungkin beliau memeluk Islam namun sehingga kini nama Voltaire tetap dikenali dunia barat sebagai tokoh ateis, walaupun hakikatnya beliau pernah berkata bahawa, "Si Dieu n'existait pas, il faudrait l'inventer" ("Seandainya Tuhan itu tidak ada, kita tetap harus mencariNya."), 1768.
Sebenarnya banyak lagi fakta-fakta dan kisah menarik dalam buku ini yang membawa pembaca mengenal bumi Eropah, -bukan hanya sekadar menara Eiffel dan lukisan Monalisa, tetapi di sana tersimpan rahsia dan sejarah bahawa Islam pernah bertapak dan bersinar sebagai peradaban paling maju di dunia. Walau buku ini telah difilemkan sekalipun, saya masih berasa perlu bagi sesiapa sahaja membaca bukunya untuk mengetahui lebih banyak lagi. Apa-apa pun, saya ingin berterima kasih buat sang pemberi buku, Kak Zilla Adzillah yang menghadiahkan buku ini tiga tahun lalu. Rasanya memberi buku travelog buat seseorang umpama memberi 'sebuah percutian imaginasi' buat mereka yang belum mampu untuk ke sana, kan. Terima kasih. :)
Keep reading, keep sharing!

Assalamu'alaykum, Ary :) Akak dah lama tercari cari di tumblr dan ig. Rupanya ada di sini :) Pleaseee jangan deactivate atau privatekan blog ni ya sayang. Kalau nak privatekan pun, please invite akak. I truly miss your write up, lagi lagi kalau ada sharing pasal buku :)
ReplyDeleteLove,
Kak Ruqaiyah; your forever silent reader :)
Walaikumsalam Kak Ruqaiyah,terima kasih masih setia dan sudi membaca tulisan2 saya. InsyaAllah kalau ada buku2 best nanti saya share.:)
DeleteAlhamdulillah dan terima kasih kerana menyukai buku itu, Ary...
ReplyDelete* dah baca buku Allah Loves Me karya Jerry D Gray?
Belum lagi kak. Kalau Kak zilla yang suggest mesti best ni. Nanti saya try cari. :)
DeleteAkak baru masuk page ke-12, Ary..tak berani nak rekeman tapi buku ini berdasarkan kisah benar penulis yang akhirnya memeluk Islam...
DeleteSaya pernah jumpa buku tu Kat kedai tapi tak belek pun. Jerry D. Gray juga yang tulis buku Rasulullah is my Doctor. Baru tahu dia convert.
Delete