Think like a man.
Bismillah
Tuhan sememangnya tidak pernah salah memilih kaum adam menjadi pemimpin dan ketua keluarga (An-Nisa; 34). Seperti yang dikongsikan Puan Ainon Mohd dalam status beliau, kadang kita (perempuan) perlu belajar berfikir seperti lelaki;
- Apabila lelaki tidak puas hati, mereka diam.
- Apabila lelaki menghadapi masalah, mereka akan berfikir dan cari jalan menyelesaikannya dalam diam.
- Apabila menilai, lelaki abaikan emosi. Mereka fokus pada informasi.
- Lelaki membuat keputusan berdasarkan apa yang diramalkan akan terjadi.
- Lelaki merahsiakan apa yang dia fikir berkenaan personaliti dan peribadi rakan-rakan sekerjanya, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.
Walaupun mungkin ada sebahagian kita tidak bersetuju dengan sebahagian kenyataan-kenyataan tersebut namun secara majoritinya dan berdasarkan pengalaman-pengalaman saya sendiri, seperti itulah mereka.
Namun setiap manusia baik adam mahupun hawa memiliki sifat emosional dan rasional masing-masing dan kedua-duanya penting. Kesilapan berlaku apabila kita tidak meletakkan kedua-duanya di tempat yang betul. Misalnya jika kita terlalu mendahulukan emosi dalam sesuatu isu tanpa mengunakan pemikiran yang rasional boleh membawa perpecahan sama ada dalam organisasi, keluarga mahupun rakan-rakan kita. Begitu juga andai kita melebihkan tindakan rasional tanpa memikirkan nilai emosional dalam membuat keputusan, maka lahirlah tindakan-tindakan yang kadang tidak mempedulikan kebajikan-kebajikan orang lain. Perlu wujud keseimbangan dalam mengendalikan kedua-dua sifat tersebut bagi membentuk tindakan-tindakan bijak tidak kiralah dalam hal-hal besar mahupun kecil.
Wajarlah jika wujud perbezaan pendapat lebih-lebih lagi apabila membicarakan isu-isu hangat berkaitan lelaki mahupun perempuan kerana secara psikologi kedua-keduanya memang berbeza, memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dan kerana itulah Tuhan menciptakan mereka untuk saling melengkapi. Yang pasti, tujuan komunikasi akhirnya bukanlah untuk berfikiran yang sama tapi berfikir bersama-sama.
"I still love and care for you even though I may disagree with you."
- Mufti Ismail Menk.
Peace yo! ^^,v
---
Perempuan memang lebih dikaitkan dengan sifat kasih sayang kerana emosional mereka, tapi tidak semestinya lelaki tidak memiliki sifat yang sama, kan.
Comments
Post a Comment