Diari Ary.

Bismillah,

Dalam famili, bapa antara orang yang selalu yakin, “Ana, tinggal di mana pun boleh ‘hidup’.” Diam-diam seorang bapa dia tetap kenal anak-anak dia. Mungkin sebab saya dah terbiasa hidup nomad dari zaman sekolah menengah sebab tulah bapa cakap macam tu. Dulu rumah di KK sekolah nun jauh di Tawau. Lepas habis SPM, PLKN pula dapat di Selangor. Apply IPG direzekikan Tuhan ke Penang. Sampai dah kerja pun tak berjodoh nak dapat yang ‘dekat-dekat’ dengan rumah. Hmmm, tapi okay jak pun. Mungkin itu cara Tuhan nak mendidik jadi lebih mandiri, insyaAllah.







Dua minggu duduk Nabawan memang seriyes sunyi, sepi dan sejuk. Tambah pula duduk rumah guru sorang-sorang, nasib baik ada jiran yang baik macam Cikgu Eddey and family, tak la sunyi sangat duduk sini. Hari-hari bangun 4.30 pagi tapi gerak ke sekolah jam 7.20, jalan kaki 3 minit dah sampai sekolah. 







Kalau ditanya apa yang paling saya rindukan, selain senyuman ibu dan lawak jenaka bapa, saya sangat rindu nak dengar Azan sebab rumah di KK dekat dengan masjid, hari-hari dengar Azan. Pindah sini, komuniti kampung majoriti Katolik, gereja diorang lagi besar dari bangunan sekolah. Pelajar Muslim cuma 13 orang sahaja daripada 100 lebih murid. Tapi komuniti sini biasa dah dengan Muslim sebab ramai guru-guru asal Semenanjung yang dah tertawan dengan Nabawan, eh. Macam tu la kata diorang. 

Jalan kampung sebelum sampai ke sekolah ada juga la kedai-kedai kecik. Dan yang pasti, jangan hairan kalau jumpa papan tanda “menjual minuman keras” di mana-mana sebab budaya orang-orang kampung sini memang suka “minum-minum” atau orang Sabah cakap, aramaitii. Tambah lagi bila masuk bulan Mei, musim-musim pesta menuai jangan sesekali keluar rumah waktu malam sebab memang akan terserempak dengan geng-geng mabuk-mabukan di jalan. Kunci pintu rumah, macam mak saya selalu pesan. Dan antara yang lawak juga la bagi saya, orang-orang sini memang suka sembang cerita hantu tak kira murid, guru dan orang-orang kampung. Masuk dua minggu ni dah banyak versi saya dengar. Mula-mula tu memang seram, lama-lama dah kebal dah, tak feeling sangat pun. Kalau jenis yang lemah semangat sebaiknya jangan join bila diorang dah duduk berkumpul sebab memang akan terselit cerita-cerita seram. 








Apa-apa pun, bersyukur dapat mengajar di sini sebab guru-guru semua baik-baik, sampaikan pak guard dan orang-orang kampung pun caring sangat siap nak bawa anak diorang teman saya duduk rumah hujung-hujung minggu. Macam ayat-ayat tipikal orang selalu cakap, kita akan lebih menghargai dan menyedari keindahan agama Allah bila duduk dalam komuniti Muslim yang sangat sedikit. Yakin jak, Allah selalu melindungi. InsyaAllah ameen.



___
"I want to be a woman who overcomes obstacles by tackling them in faith instead of tiptoeing around them in fear.” #YEP!

Comments

  1. Linda^^18.8.16

    Semoga Allah sentiasa menjaga Ary di sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih linda. Jadi teacher prasekolah yang super osem okay. Untungla budak2 tu dapat cikgu Linda.^^,

      Delete
  2. Moga ALLAH jaga kak ary. Always. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ameen. Terima kasih wahida. :)

      Delete
  3. Ha. Kan. Haritu nak sekolah pedalaman. Non Muslim jak penuh. Tapi alhamdulillah kan . dapat kenal Allah dekat lagi. Lepas tu kita makin hargai nikmat islam Dan Iman. Hari² berusaha untuk TopUp. Akak pun dh join few aktiviti ikram kalau untuk TopUp macam mana nk survive dlm komuniti non Muslim yg ramai. Part azan tu sungguh rindu. Sampai phone punye pakai apps biar je berkumandang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak, tak pasal2 download apps yang ada Azan tu. Yang lawaknya haritu bunyi time meeting masuk waktu zohor, tiba2 akward jap depan cikgu2. Hehe. Alhamdulillah, saya pun dah jumpa ruang untuk pengisian rohani kat sini. Cuma sekarang ni susah sikit nak gerak sebab takda kenderaan. Semoga akak baik2 kat sana. :)

      Delete
  4. Seronoknya baca cerita Ary ni. Rasa macam ikut berjalan-jalan ke Nabawan ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment