Kitab ASH II.
Hati manusia adakalanya tersangkut dengan ilmu, maka hatinya merasai dirinya alim dan memandang rendah orang awam atau jahil.
Hati manusia adakalanya tersangkut dengan amal, maka jiwanya merasa ia mulia dengan amalnya dan memandang rendah orang yang kurang amal.
Hati manusia adakalanya tersangkut dengan harta, maka dia akan merasai bahawa dia orang kaya dan memandang rendah orang miskin.
Hati manusia adakalanya tersangkut dengan pangkat, maka ia merasai dirinya tinggi dan berkuasa hingga memandang rendah orang bawahan dan lemah.
Sememangnya kita sebagai manusia perlu memiliki amal ahli abid dan ilmu para ulama. Namun jangan sampai tersangkut dengan ilmu dan amal hingga merubah hati daripada sifat fakir kepada kemegahan. Ia adalah tipu daya yang membawa seseorang bertambah tebal hijab hatinya dan membuatkan ia semakin jauh dengan Allah s.w.t.
- Walid Al-Malik; Kitab Tauhid - Allah Syariat dan Hakikat II
Dikongsikan oleh guru saya, katanya sabar itu hakikatnya ada empat tingkatan;
Pertama, sabar daripada kemaksiatan, iaitu apabila seorang hamba meninggalkan kemaksiatan kerana yakin bahawa maksiat akan ada pembalasan daripada Allah dan ia boleh menghilangkan cahaya dalam diri.
Kedua, sabar dalam ketaatan kepada Allah, iaitu apabila seorang hamba beribadah dan menjalankan perintahNya. Hasilnya dia akan menerima cahaya ke dalam hatinya atas asbab kesabarannya dalam ketaatan yang dibuat.
Ketiga, sabar dalam bala Allah, iaitu apabila seorang hamba diuji dengan ditimpakan dengan sesuatu bala.
Dan yang keempat, yakni sabar yang paling sukar untuk dicapai iaitu sabar dalam kenikmatan Allah. Hakikatnya ramai manusia sebenarnya lepas untuk sabar dalam ujian Allah tetapi ramai yang tidak lepas untuk sabar apabila diberi nikmat.
Wallahualam. Ingatkanlah bila saya terlupa.
Comments
Post a Comment