Cerita-cerita kehidupan.

Bismillah


"so rescue yourself from these general themes and write about what your everyday life offers you; describe your sorrows and desires, the thoughts that pass through your mind and your belief in some kind of beauty — describe all these with heartfelt, silent, humble, sincerity and, when you express yourself, use the things around you, the images from your dreams, and the objects that you remember." 
— Rainer Maria Rilke, letters to a Young Poet


Sorry Cikgu Ary.


Memandangkan sekolah saya kurang murid, maka satu tahun cuma ada satu kelas sahaja dan saya diamanahkan untuk menjadi guru kelas tahun 4, kelas paling ramai (19 orang) berbanding kelas-kelas yang lain. Boleh dikatakan kelas tahun 4 antara kelas yang 'tak pernah lagi buat masalah' dan menurut cikgu-cikgu lain pun, kelas tahun 4 antara kelas yang 'murid-murid dia semua baik-baik.' Tapi biasalah, 'budak', tak lari juga dari ke'jajal'an dan perangai nakal diorang yang kadang buat cikgu naik angin. -_-

Semuanya bermula waktu kelas Sains yang lalu, semangat dah saya nak mengajar hari tu sebab masuk topik best Sistem Suria. Dah rancang aktiviti nak buat dengan murid tapi hmmm, kadang kita hanya mampu merancang. Ada satu insiden yang berlaku waktu tu membuat saya rasa nak flip meja. Tak pernah naik angin sangat pun dengan budak-budak ni tapi hari tu saya rasa benda tu dah cukup melampau. Malas nak berdrama lebih saya terus keluar dari kelas. Bila tak nak guna kekerasan kena la pandai main psikologi dengan budak-budak ni. Seharian ignorekan diorang sekadar nak tunjuk yang saya sangat kecewa dengan sikap diorang dan biar diorang tahu apa yang diorang buat tu, SALAH. 

Sebelum balik diorang datang ramai-ramai depan bilik guru minta maaf dan tak pasal-pasal satu bilik guru sampaikan budak-budak kelas lain pun tahu, "Cikgu Ary merajuk dengan kelas tahun 4." Seriyes rasa  nak duduk bawah meja waktu tu, tak pasal-pasal benda tu tersebar satu sekolah. T_T


Cikgu mana yang tak sayangkan murid. Dan mungkin sebab terlebih sayang jugakla kadang kita mudah terasa hati dengan orang yang kita tak sangka boleh melukakan hati kita. Apa-apa pun kena juga reflek diri sendiri balik dan secara tak langsung mendidik saya mungkin selama ni kita sebagai anak pun ada terkecilkan hati ibu bapa tapi tak sedar dan Allah sengaja datangkan ujian-ujian kecil ni untuk buka mata kita. 






Saya dah maafkan semuanya dan yang pasti maaf bukan sebab dipujuk dengan makanan okayyy tapi mestilah sebab cikgu saaaayanng anak-anak murid cikgu, lillahita'ala, eh. ^^,









'Samiah sudah hidup di Syurga.'


Kalau ditanya mana satu sekolah yang perfect di dunia ni, memang tiada. Di mana-mana sekolah pun memang tak lari dengan isu-isu yang tipikal sebab inilah realiti kehidupan dunia, jauh dari 'segalanya sempurna'. 


Di sekolah saya ada seorang cikgu yang sangat bermasalah, itu pun dengar dari guru-guru bahkan guru besar sendiri yang cerita pada saya, bukan dijadikan bahan umpatan tapi lebih lagi sebagai peringatan buat saya yang masih baru merangkak nak memahami dunia pendidikan. Cikgu Din (bukan nama sebenar) adalah cikgu paling senior di sekolah dan dua tahun lagi cikgu tu dah nak pencen dah pun. Cikgu Din selalu tak datang sekolah, kadang datang tapi tak masuk kelas, kadang masuk kelas duduk saja tak mengajar, murid bising macam pasar malam. Di bilik guru, meja dia menghadap meja saya, kadang nampak dia termenung jauh, entah apa yang dia fikirkan. Jarang dengar suara dia, senyap memanjang. Mulanya saya fikir Cikgu Din mungkin dah bosan mengajar tambah lagi di hujung-hujung perkhidmatan ni. Rupanya saya silap. 


Dua tahun lepas Cikgu Din pernah duduk rumah guru depan sekolah bersebelahan dengan stor sukan. Dia duduk rumah tu sebab senang jaga isterinya yang sakit.  Murid-murid semua kenal dengan Mak Cik Samiah sebab mak cik tu selalu duduk berehat depan rumah guru tu dan mak cik tu baik kata mereka. Cikgu-cikgu pun kenal sebab kalau ada aktiviti sekolah Mak Cik Samiah mesti akan tolong sekali. Tak siapa sangka suatu pagi tu adalah hari terakhir akan nampak Mak Cik Samiah duduk depan rumah. Petang tu dia meninggal sebab penyakit jantung kata mereka. Semenjak hari tu Cikgu Din jadi macam sekarang, semacam hilang semangat hidup. Cikgu Din dah tak tinggal di rumah tu lagi dan sampai hari ni budak-budak pula yang suka duduk dekat tangga rumah tu. Kalau duduk saja-saja takpa tapi budak-budak ni siap menconteng pula dekat tangga tu yang buat Cikgu Mahathir naik bengang sangat semalam. 








Hidup hanya sekadar pinjaman kan, dan orang-orang yang kita sayang pun akan tiba satu saat kita perlu redha untuk melepaskan mereka kembali kepada Pencipta. Hargai setiap momen bersama dan yang paling utama kita tetap perlu meneruskan kehidupan sebelum kita pula menyusuli mereka nanti.



May you rest in peace.



Comments

  1. Anonymous5.3.19

    Ary sekarang mengajar di Keningau, kah?

    -kak zilla-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengajar di Nabawan kak. 1 jam dari keningau. :)

      Delete

Post a Comment