Bali; cerita kita (ii)

Bali; Prolog
Bali; Cerita kita (i)

Pak Alip, umur dalam lingkungan awal 30-an dan seorang Muslim. Rasanya sepanjang di Bali hanya dia jak yang kami kenal dan dari cara layanan boleh agak dia biasa bawa pelancong Malaysia siap speaking semenanjung dengan kami. Yang pasti komunikasi bukan satu masalah pun bila melancong ke Indo, sebab tu Indo antara negara paling sesuai buat orang-orang yang baru nak belajar travel luar negara, tak jauh sangat dan tak dekat sangat. 

Satu tips yang Pak Alip ajar kami, bila guna wang rupiah dan nak tahu anggaran wang tu dalam ringgit, tak payah susah-susah guna money converter. Ambil jak digit depan (tanpa ribu), bahagi dengan tiga. 


Contoh;
  • harga barang Rp10000 (10 bahagi 3), wang kita RM3 
  • Kalau Rp100000 (100 bahagi 3), wang kita RM33.

So, kalau ada duit kertas Rp2000 dalam dompet tu tak payah la berbangga-bangga sangat, nilainya cuma 60 sen jak. πŸ˜„


"Om telolet om!" πŸ˜†

Sepanjang duduk dalam mobil entah berapa kali Pak Alip repeat lagu Virgoun, SCUS (malas taip panjang sangat). Sampai hari ni, asal dengar lagu tu selalu mengingatkan saya hari-hari di Bali sambil melihat pemandangan dan menyelusuri jalan rayanya yang errrrgggghh menakutkan.πŸ˜“Memang tabik la dengan pemanduan orang-orang sana sebab budaya jalan diorang sangat memerlukan keberanian dan tawakal tinggi. Kena pula dengan pemandu amatur yang penakut macam saya ni, asyik risau supir tu langgar motor/orang jak sepanjang jalan. 


Itenari hari pertama kami di Bali lebih bertemakan pantai dan laut. Antara tempat yang kami pergi;

  • Nusa Dua
  •  Pantai Pandawa
  • Melasti
  • Pura Uluwatu
  • Pantai Jimbaran


Nusa Dua

Untuk sampai ke Nusa Dua kena lalu satu-satunya highway yang ada di Bali, Jalan Tol Bali Mandara. Keunikan highway ni dibina di atas laut dan tak lurus macam jambatan Pulau Pinang, ada belok-belok ikut arah mana yang nak dituju; Nusa Dua, Ngurah Rai, atau Benoa. 

Nak masuk Nusa Dua tiada bayaran entrance dikenakan, cuma kena bayar parking jak dan ada banyak lagi tempat dan aktiviti yang boleh dibuat di sana tapi kami tempoh hari cuma pergi tiga tempat jak; Tugu Dewa Krishna, Water Blow dan Pantai Nusa Dua.





Dari tempat parking tu kena berjalan lagi masuk ke dalam, jauh juga la. Kalau tak nak berjalan, no worries, boleh naik speda (basikal), sejam Rp10000. Antara kami bertiga, saya jak yang tak pandai bawa basikal. Seriyes tak pernah kecuali basikal tiga roda zaman kecik-kecik dulu. Tapi waktu tu beria sangat nak bawa juga sebab tak nak kena tinggal berjalan berdua dengan Pak Alip. Awkward la bah sebab baru kenal berapa jam. Tapi hmmmm, waktu tu bukanlah waktu yang tepat untuk belajar bawa basikal bagai, Pak Alip pun kata;

“Ya udah, gak usah dipaksa. Akak sama abang bawa basikalnya langsung jalan duluan, biar saya dengan akak ini *sambil tunjuk saya* berjalan aja.”


Waktu tu dalam hati; “Ndak mauuuu” 😭


Tapi lepas tu redha jak la berjalan  dengan Pak Alip. Nasib baik Pak Alip ni bukan jenis suka menyebok, (tanya macam-macam soalan yang saya malas nak jawab). Dia tahu tugas dia guide kami jak. Sampai dekat tugu Dewa Krishna Pak Alip offerkan diri nak ambil gambar saya, and guess what, boleh dikatakan semua gambar yang dia tangkap tu cantik-cantik weiii. Pak Alip ni terer ambil gambar dowh, seriyes. Siap ajar pula guna benda-benda yang selama ni saya tak pernah explore pun dalam phone sendiri.

*Tapi foto-fotonya gak bisa diupload, simpanan peribadi aja.* πŸ˜„



Di Bali memang banyak tugu/patung dewa-dewa yang diorang agung-agungkan, so bagi yang elergik dengan patung-patung ni tak payah la ke Bali.



Jalan depan lagi lepas tugu akan sampai Water Blow. Kalau selama ni biasa dah tengok ‘air menari’ buatan manusia yang guna air pancut tu, dekat Water Blow ni pengunjung boleh menikmati keindahan ombak laut semula jadi yang menari/menjulang. Lama juga la kami di sana sebab nak tunggu perfect shot bila air laut tu betul-betul blow, waktu tu paling tepat untuk  tangkap gambar. Ombak yang menjulang tu  terhasil sebab adanya batu-batu karang kat sekeliling laut. Di sana tak boleh mandi atau buat sebarang aktiviti air sebab bahaya/dalam/ dan air laut tu memang deras.



Sebelum meninggalkan Nusa Dua singgah sekejap ke pantainya. 





Pantai Pandawa


Sampai dekat Pantai Pandawa waktu tengahari. Kalau Pantai Nusa Dua tadi dah cantik, Pantai Pandawa ni lagi cantik. Air laut dia kebiru-biruan jak dari jauh dan pasirnya putih bersih. Pak Alip bawa kami ke semua spot-wajib-ambil-gambar di sana. Sampaikan kami (yang memang tak reti bergambar dan tak photogenic ni) hilang idea dah nak buat gaya apa.



Pantai Pandawa ni dikenali sebagai secret beach, atau pantai tersembunyi sebab lokasi pantai ni tersembunyi di balik tebing. Sepanjang jalan melalui tebing untuk menuju pantai tu pengunjung akan dapat melihat lima patung ksatria pandawa yang katanya merupakan tokoh utama dalam epik Mahabrata yang terkenal.

Di sana kami berlama-lama duduk di kerusi panjang tepi pantai sambil menikmati pemandangan laut dan bertukar-tukar cerita. Seronok sembang dengan kawan sambil bertukar update tentang hidup masing-masing. Kalau hari biasa masing-masing sibuk dengan kerja, duduk jauh,  jarang dapat jumpa. Dan sebelum ni saya selalu berjalan-jalan dengan geng-geng cikgu juga, tapi kali ni saya berjalan dengan dua orang yang tiada langsung kaitan dengan dunia persekolahan. So, dapat lari sekejap dari cerita tentang sekolah, anak murid dan hal-hal tipikal yang akan dibincangkan oleh cikgu-cikgu bila dah duduk berkumpul. 

Lepas dah puas tengok pantai, kami pun gerak nak pergi solat. On the way nak sampai masjid tu Pak Alip kata dia bawa kami ke Pantai Melasti dulu sebab satu jalan dengan masjid. 


Pantai Melasti

Pantai Melasti ni tersembunyi di balik bukit kapur. Jadi nak sampai sana kena lalu jalan berbukit dulu. On the way nak naik tu Pak Alip suruh kami buka tingkap sebelah kiri, nampak pemandangan laut yang indah sangat.



Pantai Melasti ni pelik sikit sebab pantai dia memanjang ke laut. Dan nama Melasti tu diambil dari sebuah upacara tradisional Bali bernama melasti yang dilakukan oleh kaum Hindu di Bali di mana ia merupakan satu upacara mensucikan diri dengan berendam di laut pada hari Nyepi (sunyi, senyap; hari raya umat Hindu).



Lepas balik dari Pantai Melasti dan solat di masjid (entah apa nama masjid tu), kami pun gerak ke Pura Uluwatu, kuil pertama yang kami pergi di Bali.


Pura Uluwatu/ Uluwatu Temple

Fyi, boleh dikatakan semua pantai-pantai dan pura/temple di Bali ni kalau nak masuk semuanya ada tiket entrance. Dan bayaran yang dikenakan berbeza bagi pelancong dari luar negara dan pelancong lokal/domestik (biasa la tu).  Sepanjang membayar semua tiket-tiket entrance di tempat-tempat yang kami pergi, semuanya kami bayar dengan harga pelancong lokal/domestik. Agak-agak kenapa? hehehe.



Tepat sekali #ceh,  kami berlakon jadi orang lokal. Tu pun atas suggestion supir okay, sebab dia dengar bahasa kami (terutamanya kawan saya sorang tu) sangat fasih berbahasa Indo. Dan dari gaya-gaya kami, katanya seperti 'anak-anak kuliahan.' 😁

Antara semua tiket, tiket masuk Pura Uluwatu ni kira yang paling mahal bagi pelancong marhaen seperti kami; Rp60000 (RM20). Tapi bagi pelancong lokal, harga tiket hanya Rp20000 (RM6). Nampak tak bezanya disitu. Maka Pak Alip, dengan saranan, "Apa mau mahal atau murah?" pun ajar kami trick nak beli tiket lokal tu. 

"Sampai di kaunter bilang mau beli tiketnya "tiga", jangan sebut "tiga orang", nanti ketahuan kalian dari Msia. Dan kalau ditanya "dari mana?', bilang aja "dari Batam pak.'" 

Sampai sekarang saya ingat ayat tu sebab sayalah orang yang 'bertuah' dipaksa  beli tiket. Mulanya tolak juga sebab saya ni selalu tak bernasib baik bila kena menipu, kebarangkalian untuk kedapatan tu sangat besar. Tapi akur jak la akhirnya, sebab "yang penting kena confident."


Sampai jak di kaunter tu;

"Tiketnya untuk tiga orang pak." 😳😢
"Mbak dari Malaysia ya?"
"Batam pak." 😢

Terus bapak kaunter tu bagi tiket lokal, walaupun hampir-hampir jak kedapatan. Risau dia suruh keluarkan KTP. Phewww. 😌



Lepas beli tiket, kami diberi sehelai selendang  untuk diikat di pinggang sepanjang berada di sana. Kain tu dipanggil senteng, kelengkapan bagi pakaian adat yang  digunakan setiap kali upacara sembahyang atau masuk ke tempat-tempat suci. Pernah baca dalam satu buku tu, dikatakan asal usul lahirnya budaya pemakaian senteng ni sebagai simbolik mengingati asal kejadian kita sebagai manusia yang semenjak masih janin dalam kandungan ibu, manusia sudah berhubung dengannya (ibu) melalui tali pusat. Selain tu, ia juga satu simbolik bagi menutup sepuluh lubang yang ada dalam tubuh ketika seseorang melakukan puja atau puji kepada Tuhan.



Pura Uluwatu ni kira tempat wajib pergi bila melancong ke Bali. Ia terletak di atas tebing tinggi menghadap Lautan Hindi. Pemandangan di sana, subhanallah, indah tak terkata. Rasa tenang  bila nampak lautan tu, seumpama alam sedang berbisik, melahirkan rasa kedekatan buat sang Penciptanya.



Bila dah masuk Pura Uluwatu rasanya rugi kalau tak tengok Kecak and Fire Dance, satu pertunjukan persembahan tradisi yang dilakukan setiap jam 6 petang, waktu matahari terbenam. Untuk tengok persembahan tu kena beli tiket lain, saya lupa dah berapa harga tiket. 



Persembahan tarian kecak ni ada jak di Pura lain tapi Kecak Dance Pura Uluwatu ni antara yang paling popular di Bali (sebab tu tiket dia boleh tahan mahal). Salah satu sebabnya pelancong akan melihat persembahan sambil menikmati latar matahari terbenam yang indah, tapi kena pandai pilih spot tempat duduk. Tempat kami duduk ni memang spot tepat menghadap matahari. Pak Alip yang suggest. Keunikan seni tarian kecak ni ialah ia tidak diiringi dengan sebarang alat muzik atau gamelan melainkan diiringi dengan paduan suara sekelompok penari-penari lelaki. Katanya ia ada unsur-unsur keagamaan dan pemujaan terhadap roh-roh sampai kadang boleh jadi kesurupan (kerasukan).

Persembahan kecak tu akan diselitkan juga dengan  satu persembahan lakonan tak bersuara ala-ala teater/opera cina di tengah. Sebelum bermula setiap pengunjung akan diberi sehelai kertas yang menceritakan serba sedikit plot lakonan yang dipersembahkan. Kisah lakonan menceritakan kisah pendek cinta Rama dan Shinta yang penuh halangan seumpama kisah Romeo dan Juliet bagi masyarakat Bali. Helaian plot cerita yang diberi tu kena baca baru faham jalan ceritanya. Bila lakonan tak bersuara ni, ekspresi sangat memainkan peranan penting. Boleh dikatakan semua pelakon-pelakon tu memang dah terlatih  mempersembahkan cerita tu. Cuma yang tak berapa nak feel tu bila watak Rama dilakon oleh wanita bukan lelaki. Mungkin sebab diorang tiada pelakon lelaki waktu tu. Yang pasti watak Shinta tu memang perfect. Dekat ending cerita tu akan ada fire dance yang merupakan salah satu scene dalam lakonan tu juga.


Pantai Jimbaran

Perancangan nak pergi Pantai Jimbaran untuk tengok sunset tapi sebab dah malam  jadi pergi untuk makan jak. Di sini tiada gambar langsung sebab sibuk layan perasaan dan keluhan sebab "mahalnya semua makanan."😭 Tapi memang dah agak dah mahal sebab konsepnya makan tepi laut dengan cahaya lilin, sangat tak sesuai untuk pelancong marhaen macam kami tapi sesuai untuk newlyweds yang honeymoon, sebab romantis banget. Cuma kalau ada tsunami datang (nauzubillah) memang kalian 'mati duluan' sebab jarak dengan laut tu memang dekat sangat. Pantai Jimbaran ni tempat terakhir kami pergi di hari pertama.






Usai balik dari Pantai Jimbaran baru check-in hotel. Kami stay dekat Harris Hotel & Convention. Dia ada banyak cawangan tapi hotel kami yang dekat tengah bandar Denpasar. Hotel tu 4 star tapi sangat affordable dan selesa. Tak payah risau nak berebut plug bagai sebab banyak plug yang disediakan. 







Lepas seharian berjalan menikmati keindahan alam,  saya benar-benar rasa bersyukur diberi ruang dan peluang menjadi hamba dan duduk di atas bumiNya yang luas ni. Tiada rasa yang boleh diungkapkan dengan kata-kata tentang bagaimana indahnya Tuhan dalam menceritakan keindahanNya. Seperti lirik lagu Virgoun, 

"takkan habis sejuta lagu
untuk menceritakan cantikMu.
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini
telah habis sudah cinta ini
tak lagi tersisa untuk dunia
karena telah ku habiskan
sisa cintaku hanya untukMu..."


To be continued...


Comments