Bali; cerita kita (iii)
Tak sah bercuti ke Bali kalau tak pergi ke Ubud. Maka itenari hari kedua kami di Bali memang khusus untuk Ubud sahaja. Ubud ni agak berbeza berbanding tempat-tempat di Bali yang lain kerana kedudukannya terletak jauh dari kawasan pantai.
Perjalanan ke Ubud mengambil masa sekitar 45 minit dari bandar Denpasar. Sepanjang perjalanan ke sana, di kiri dan kanan jalan dipenuhi kedai-kedai yang menjual pelbagai arca dan seni kerajinan tangan serta galeri-galeri yang tak terkira banyaknya. Pak Alip bawa kami singgah ke salah satu galeri seni.
Ngurah Painting.
Saya suka melihat orang-orang yang cinta dengan apa yang mereka lakukan. Orang-orang yang tahu passion mereka akan sentiasa terlihat bersungguh dalam melakukan apa-apa yang mereka cintai. Walaupun kadangkala hal-hal yang dilakukan itu dianggap kecil atau remeh bagi orang lain, mereka tetap setia dengan kesukaan jiwa mereka dan melakukannya dengan cinta. Jiwa-jiwa itulah saya temukan di galeri tersebut selain karya-karya seni yang menarik dan unik.
Karya-karya seni di Bali kebanyakannya diambil berdasarkan karakter-karakter yang terdapat dalam kisah epik Ramayana. Terdapat juga lukisan-lukisan yang berunsurkan ketuhanan dan keagamaan serta pemandangan-pemandangan yang menceritakan kehidupan seharian masyarakat di sana. Antara yang paling saya ingat adalah pemandangan sawah padi menguning dan para petani yang sedang menuai padi kerana ternyata pemandangan tersebut benar-benar wujud sewaktu kami hampir tiba di Ubud, sama persis seperti di dalam lukisan.
Ubud
Ada apa dengan Ubud? Mengapa ia dianggap istimewa oleh mereka yang pernah berkunjung ke Bali?
Ubud sedikit berbeza dari tempat-tempat di Bali yang lain kerana di sini tak terlihat pemandangan pantai. Yang ada hanyalah pemandangan perkampungan, damai dengan kehijauan rimba dan sawah padi yang bagi kita orang M'sia biasa saja sebab negara kita pun ada. Ia merupakan salah satu tarikan utama buat pelancong negara Barat, yang kebanyakkannya suka dengan suasana kehijauan.
Selain itu, Ubud seringkali dikaitkan dengan filem Eat, Pray, Love kerana terdapat beberapa scene dalam filem tersebut yang dilakonkan di sana. Ia sememangnya merupakan pengalaman penulis buku tersebut sendiri, Elizabeth Gilbert. Di Ubudlah beliau bertemu dengan Ketut Liyer, seorang penilik nasib beragama Hindu yang menyatakan;
Selain itu, Ubud seringkali dikaitkan dengan filem Eat, Pray, Love kerana terdapat beberapa scene dalam filem tersebut yang dilakonkan di sana. Ia sememangnya merupakan pengalaman penulis buku tersebut sendiri, Elizabeth Gilbert. Di Ubudlah beliau bertemu dengan Ketut Liyer, seorang penilik nasib beragama Hindu yang menyatakan;
"You must keep your feet grounded so firmly on the earth that it’s like you have four legs, instead of two. That way you can stay in the world. But you must stop looking at the world through your head. You must look through your heart, instead. That way, you will know God."
Ketut Liyer sememangnya salah seorang penilik nasib yang terkenal di Ubud dan masih menetap di tempat yang sama seperti dalam filem tersebut. Sehingga hari ini beliau masih menerima kunjungan dari pelancong-pelancong yang mengenal beliau dari filem/buku tersebut, tapi kata Pak Alip beliau sudah terlalu tua dan tidak lagi seaktif dahulu.
Sebaik tiba di Ubud, tempat pertama yang kami pergi adalah Tegunungan Waterfall.
Tegunungan Waterfall
Boleh dikatakan tempat-tempat yang kami pergi di Ubud sepanjang hari kedua ni semuanya perlu naik-turun tangga seribu. 😄 Dan konsep di Tegunugan Waterfall ni pula; bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian sebab air terjunnya di bawah, maka turun tangga dengan bahagia dulu, bila nak balik baru naik tangga penuh sengsara. LOL. Tapi boleh tahan juga la penatnya bila nak naik balik tu, walaupun tangga semata.
Di Tegunungan Waterfall ni airnya sangat deras tapi keruh dan ada satu jambatan kayu yang perlu dilalui untuk ke seberang.
Seniman Coffee Shop
Salah satu wishlist wajib saya dan teman-teman bila travel adalah berkunjung ke kedai kopi dan kedai buku. Maka Seniman Coffee Shop ni memang masuk dalam senarai tempat yang kami wajib pergi. Ia antara kedai kopi yang popular di Ubud kerana di sini terdapat pelbagai jenis kopi dari pelbagai daerah. Tapi ada something yang berlaku waktu di kedai kopi ni hmmmm malas nak cerita panjang. Cukuplah saya tekankan, bila nak pergi mana-mana kedai/kafe di Bali ni, pastikan tempat tu halalan toyyiban. Okay. :)
Duduk di kedai kopi ni memang konsep santai level 99, siap boleh duduk lunjur kaki peluk-peluk bantal bagai. Saya suka dengan suasananya, sangat memberi mood dan inspirasi untuk menulis. Memang ada sebahagian pelancong yang sibuk dengan laptop masing-masing di sana, penulis mungkin.
Sambil menikmati minuman, sempat sembang deep dengan teman-teman tentang quote kedai depan tu. Kalau 'everything happens for a reason' macam biasa dah dengar. Yang ni, 'everything happens to everyone.' Semuanya berlaku kepada semua orang. Betul kan. Sebab, semua orang diuji, semua orang pernah berasa gembira dan bersedih dengan sesuatu. Semua orang pernah menemukan dan kehilangan sesuatu atau seseorang. Semua orang pernah mendapat kemenangan dan kegagalan dalam hidup. Kita sama saja sebenarnya. Yang berbeza adalah level kekuatan dan kesabaran masing-masing dan sikap kita adakah lupa atau bersyukur bila dikurniakan nikmat dan kegembiraan. Yang pasti Tuhan menguji seseorang sesuai dengan kemampuan mereka, dan setiap rasa gembira dan sedih yang hadir, segalanya dari Allah juga. (rujuk surah An-Najm ayat 43).
Tegalalang Rice Terrace
Tempat ni salah satu main tourist attraction kalau berkunjung ke Ubud. Dari nama pun boleh tahu ia adalah sawah padi, cuma ditanam secara teres dan bertingkat-tingkat. Bila dah masuk dalam kawasan rice terrace tu maka bermulalah sambungan ekspedisi turun-naik tangga kami. Kali ni lebih mencabar sikit sebab tangga dia hanyalah kayu dan batu yang dijadikan tangga, ada sebahagian tempat tu berlumpur dan memang kena berhati-hati sangat bila berjalan sepanjang teres bertingkat tu sebab kalau salah kaki berpijak memang goodbye bergolek ke bawah. So girls, don't ever wear heels.
Sebelum balik sempat berjalan-jalan di luar kawasan Tegalalang. Ada banyak kedai yang menjual kraftangan, cenderamata, kain, dan hasil-hasil seni yang rare. Salah satu kraftangan yang agak popular dan rare di Bali ni ialah hmmmm penis kayu. Pergi mana-mana kedai memang akan jumpa benda tu dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan corak. Tak payah segan kalau nak belek-belek pun tapi hmmm segan juga la. Menurut kepercayaan setempat, mereka sangat mengagungkan benda tu sebab ia dianggap simbol kekuatan dan keberuntungan.
Lepas berlama-lama di Tegalalang ni kami pun bergerak pulang sebab waktu pun dah petang. Sepanjang duduk dalam kereta tu semua senyap layan perasaan lepas seharian turun-naik bukit. Apa-apa pun tetap seronok bercampur penat dan memang pengalaman yang penuh kehijauan. ^^,
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Ubud ni tapi bagi kami, cukuplah semua tempat-tempat yang dah pergi. Saranan saya, kalau melancong ke Bali untuk menikmati suasana pantai, boleh stay di Kuta atau Jimbaran. Kalau nak rasa suasana perkampungan dan kehijauan, bolehlah stay di Ubud. Okay!
Bersambung ke entry Bali seterusnya, yang entah bila...
Lepas berlama-lama di Tegalalang ni kami pun bergerak pulang sebab waktu pun dah petang. Sepanjang duduk dalam kereta tu semua senyap layan perasaan lepas seharian turun-naik bukit. Apa-apa pun tetap seronok bercampur penat dan memang pengalaman yang penuh kehijauan. ^^,
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Ubud ni tapi bagi kami, cukuplah semua tempat-tempat yang dah pergi. Saranan saya, kalau melancong ke Bali untuk menikmati suasana pantai, boleh stay di Kuta atau Jimbaran. Kalau nak rasa suasana perkampungan dan kehijauan, bolehlah stay di Ubud. Okay!
"It's kinda healing to write about what used to be, and maybe that's because you can only have really seen something when you're looking back on it."
Bersambung ke entry Bali seterusnya, yang entah bila...
Comments
Post a Comment