Mata di Tanah Melus




Salah satu kegembiraan buat saya bila menemukan buku yang saya dah lama nak baca ternyata telah tersedia di ipusnas.id dan boleh dibaca secara ‘gratis’. Walaupun buku ni merupakan buku kedua Okky Madasari yang saya baca selepas Entrok, saya selalu mengikuti perkembangan karya-karya beliau di IG. Waktu buku ni terbit tahun lepas saya curious sangat sebab buat pertama kalinya, Okky yang seringkali terkenal dengan karya yang sarat dengan kritik sosial serta tema feminis menghasilkan sebuah buku bergenre kanak-kanak. 



Mata di Tanah Melus 



Buku ni mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Matara (Mata) yang memiliki hobi membaca. Seperti tipikal kanak-kanak dengan dunia yang penuh imaginasi, Mata selalu membayangkan bagaimana seandainya cerita-cerita yang dibacanya terjadi dalam hidupnya. 

Ibu dan ayah Mata adalah seorang penulis. Ibunya penulis buku cerita orang dewasa, sementara ayahnya adalah penulis berita dalam koran (surat khabar). Mereka selalu sibuk dengan pekerjaan sehingga seringkali membuat Mata berasa kurang mendapat perhatian. Satu hari ayahnya kehilangan pekerjaan, dimana hal tersebut adalah sumber penghasilan tetap buat keluarga mereka. Masalah demi masalah pun kian muncul di keluarga mereka sehingga akhirnya ibu Mata mengajaknya bercuti ke suatu tempat yang sangat jauh. 

Tempat tu bernama Belu, sebuah kabupaten (daerah) di nusa NTT (Nusa Tenggara Timur) dengan ibu kota bernama Atambua. Setiba di sana banyak hal ganjil terjadi bermula dengan kenderaan mereka yang melanggar sapi, ritual upacara adat yang misterius hinggalah Mata terdampar ke Tanah Melus dan terpisah dari ibunya. Di sinilah pengembaraan Mata bermula. Dia harus keluar dari tempat asing itu dan mencari ibunya. Namun itu bukanlah hal yang mudah. Ada banyak rintangan dan cabaran yang harus dihadapi bakal menguji keberaniannya. 



Antara hal yang saya sangat suka dengan buku ni 😊: 

  •  I fell in love at first page. Bagi saya introduction sesebuah penulisan tidak kira sama ada cerita, karangan atau esei tu sangat penting. Ia umpama ‘pintu’ yang akan menarik seseorang pembaca untuk ‘masuk’ membaca tulisan tersebut. 
  • Membaca buku ni menemukan saya kepada jawapan mengapa Okky menuliskan buku ni. Mengapa menuliskan buku kanak-kanak? Dan saya pernah nyatakan di salah satu caption IG, saya sangat suka dengan penulis yang berani mencuba hal-hal yang anti-mainstream. Mencuba hal-hal yang baru. Menariknya, Okky terinspirasi menuliskan buku ni atas kesedaran beliau berkaitan dunia parenting setelah memiliki anak. 


Membacakan cerita dan memberikan buku-buku yang berkualiti sangat penting buat kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan literasi mereka serta membantu perkembangan imajinasi yang akan mendorong daya kreativiti. Atas kesedaran tersebut, Okky menuliskan buku ni yang merupakan dedikasi khusus buat putrinya, Mata Diraya. Saya jadi teringat dengan Alan Alexander Milne yang juga menuliskan karakter Winnie the Pooh buat anaknya dan menjadikannya watak utama dalam cerita tersebut. Sweet kan. 😃

  • Menjadi penulis buku kanak-kanak, walaupun kedengaran remeh, hakikatnya bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kita (orang dewasa) yang terbiasa berfikiran logik untuk kembali melihat dan memandang dunia dari perspektif kanak-kanak. Namun itu tak bermakna buku cerita kanak-kanak tu harus lebih ‘mudah’ dan bahasanya perlu ke’anak-anakan’. Cukup melihat dari sudut pandang kanak-kanak, maka segala karakter, plot serta seluruh cerita akan menjadi dunia kanak-kanak. 
“Orang dewasa selalu tak punya jawaban untuk pertanyaan-pertanyaan yang sederhana. Anehnya mereka selalu berpura-pura tahu segalanya." - ms. 34

  • Buku ni mengabungkan dunia realiti dan fantasi, fakta dan kisah mitos serta imajinasi dan idea yang kritis yang menjadikannya bukan sekadar cerita kanak-kanak tipikal yang sekadar ada gambar atau pengajaran moral, ia lebih dari itu. Okky menggunakan latar tempat satu daerah yang terpencil dan kurang popular di Indonesia (Belu) dan menghadirkan kisah mitos suku Melus dari daerah tersebut. Diceritakan suku Melus ni kononnya merupakan penduduk asli Belu. Mereka tinggal di suatu tempat rahsia yang mana jika seseorang datang ke tempat tu takkan dapat keluar lagi. 
“Kita, bangsa Melus, tak akan pernah menyakiti anak-anak dan perempuan,” – ms. 89 

Kebanyakan masyarakat Belu menganut kefahaman matrilineal (mengutamakan alur keturunan dari pihak ibu) maka di sana, kaum wanita sangat disanjung. Hal ni disebabkan cerita mitos bahawa manusia pertama di Belu ialah seorang puteri cantik, Laka Loro Kmesak yang memiliki kesaktian yang luar biasa. Watak Laka Lorak dalam cerita ni adalah inspirasi dari kisah mitos puteri cantik tersebut. 

  • Dan hal yang paling saya suka dengan cerita ni, it reminds me of my most favourite Ghibli movie, Spirited Away yang saya tak pernah bosan walaupun dah tengok banyak kali. Sepertimana Chihiro yang ditemani watak Haku sepanjang pengembaraannya, watak Mata dalam buku ni juga tak bersendirian. Ada watak Atok, satu-satunya sahabat Mata di Tanah Melus yang seumur dengannya dan menemani pengembaraan mencari ibunya. 

Nilai persahabatan jelas tergambar sepanjang kebersamaan mereka walaupun mereka saling memiliki sifat dan pemikiran yang berbeza. Mata, kanak-kanak Jakarta yang moden dan tidak percaya hal-hal mistik sementara Atok, orang Melus yang sangat mempercayai kekuatan-kekuatan alam. Di akhirnya, pengembaraan mereka tetap menjadi satu pengalaman yang sangat menyenangkan untuk dibaca. Bukankah tersesat ditemani sahabat tu lebih baik berbanding tersesat sendirian? 


“Kita tak bisa ketemu lagi, Tok?”, tanyaku 


“Semuanya bisa terjadi di masa depan.”  - ms. 185







Usai menghabiskan buku ni, saya langsung men’download’ buku Mata dan Rahasia Pulau Gapi yang juga tersedia di ipusnas.id. Tak sabar mengikuti pengembaraan Mata yang seterusnya. 😃

Comments

  1. Comelnya! Pada pendapat saya, salah satu cita-cita seorang emak ialah menulis sebuah buku tentang anaknya. Tentang perjalanan hidup dan hikmah-hikmah yang didapati dari setiap perjalanan. Bezanya, mak-mak zaman sekarang, menulis di dalam ig������

    Tak pernah lagi baca buku ni, tapi boleh faham perasaan membacanya. Thanks for the review, btw.

    Entrok yang ditulis mbak Okky tu memang best. Walau rasa ralat sikit dengan nasib Rahayu, tapi itulah realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, idea yang bagus sangat! Kadang saya pun pernah terfikir, alam maya ni bukan media penyimpan memori yang baik sebab segala hal yang dikongsikan di alam maya ni belum tentu akan kekal selamanya. Anything can happen. Sedangkan buku, segala yang ditulis didalamnya akan kekal di sana hinggakan ia dapat dijadikan khazanah andai dijaga dengan baik. :)

      Delete

Post a Comment