Being still does not mean do not move. It means move in peace.


credit.

"You know what's the best thing about growing up? Maturity, it amazes me all the time."

"Okay then, but how do you define a matured person?"

"Those who know how to handle simple things in life. Because if you can't handle simple things in life, how can you manage to handle much bigger things?"


Kematangan tak selalu terletak pada keberanian seseorang dalam mengambil keputusan-keputusan yang besar atau menjalani hal-hal yang besar. Tidak dalam bab hubungan, cinta, pernikahan, pendidikan mahupun kerjaya semata-mata. Nilai dan definisi kematangan lebih luas dari hal-hal tersebut.

Sentiasa ada kematangan ketika seseorang berani untuk mengakui kekurangan dan kelemahan diri, berbanding berlumba-lumba untuk tampil sempurna. Sentiasa ada kematangan ketika seseorang berani menyatakan 'tidak' dan menolak hal-hal yang tak sesuai dan bertentangan dengan jiwa mereka, walaupun mungkin orang lain berpendapat hal tersebut baik buat mereka. Sentiasa ada kematangan ketika seseorang berani mengakui, "I don't know," "saya tak tahu," berbanding berpura-pura tahu. Sentiasa ada kematangan ketika seseorang berani mengakui kesalahan, kerana menyedari bahawa mereka tidak setiap waktu berada dalam posisi yang benar. Sentiasa ada kematangan dalam diri mereka yang berani dan jujur menyatakan,"I'm not ready.", "saya tak bersedia lagi," berbanding berpura-pura siap. Juga ada sisi kematangan dalam diri seseorang yang berani menyatakan, "let me take some time to prepare." 


Sebab at the end of the day, apa pun pilihan yang diambil, mereka jualah yang akan menanggung segala risikonya, bukan orang lain. Membuat keputusan dengan mereflek diri sendiri menunjukkan mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri, dan orang yang bertanggungjawab dengan diri sendiri ialah orang-orang yang matang.




______
Live life at your own pace and do what you need to feel alive. Hidup memang seharusnya dilakukan dengan kecepatan perlahan, seperti sedang berjalan dan bukan berlari. Kita pun biasa sebut, ‘menjalani hidup’, bukan ‘melarikan hidup’. Kan?


Comments

Post a Comment